Tuesday 5 July 2016

Bagaimana hendak memulakan perniagaan???



Banyak kali kita dengar sama ada symposium, seminar, bengkel dari usahawan berjaya diluar sana: “nak berniaga, mulakan dengan apa yang kita
ada dahulu”.
Ini pengalaman peribadi saya: Saya mulakan perniagaan dengan Modal
RM70 sebagai pendaftaran SSM. Selepas itu apa yang saya ada??ya, saya ada air liur, itulah sumber yang saya ada. Saya jumpa dan cari supplier-supplier untuk mulakan perniagaan tanpa modal.
Alhamdulillah hingga hari ini, ia masih wujud.

Setiap orang tak sama cara mereka memulakan perniagaan. Ada beberapa buah buku menulis memulakan sesuatu perniagaan ni adalah satu perkara yang bukan boleh dibuat main-main.
Ada orang proses membina perniagaannya kita nampak macam lancar sahaja. Ada juga orang yang bersusah payah untuk memulakan perniagaan..
Saya teringat rakan sekampung saya. Beliau memang tidak ada apa pon sewaktu ingin memulakan perniagaan kimpalan besinya..Yang ada hanya lah kemahiran yang pernah beliau belajar sewaktu di Institusi Kemahiran suatu masa dahulu.
Berkat kesabaran dan idea memulakan perniagaan tanpa modal beliau telah berjaya dalam perniagaannya sehingga kini.
Insyaallah jika dizinkan Allah saya akan kupas pula cara memulakan perniagaan tanpa modal yang saya praktikkan selain menggunakan modal “air liur” atau kuasa rundingan dan komunikasi.
Akhir kata, jangan pernah ada dalam minda kita, hendak berniaga perlu ada modal kewangan yang besar. Itu konsep yang salah tu. Buang jauh-jauh pemikiran macam tu yer..



=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget