Saturday 16 July 2016

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Percaya atau tidak, kebanyakan orang yang lahir dan berasal dari Melaka tidak pernah sesekali menjejak kaki ke Pulau Besar, Melaka ini. Mereka seperti ada tanggapan yang pulau ini seperti pulau
misteri, bahaya, nanti kena rasuk, mistik, hantu, syaitan, bunian dan lain-lain lagi.

Mereka lebih percaya kepada cerita-cerita orang dahulu kononnya buat apa kena pulau ini. Pulau misteri, lebih baik lah duduk je kat rumah daripada pergi ke pulau tersebut

Akan tetapi saya tidak mahu cerita berkenaan misteri pulau ini. Blog lain ada banyak menceritakan kemistikan pulau ini.

Disini saya nyatakan hasil carian google beberapa blog yang menulis tentang Pulau Besar Melaka.

http://portalmelakanews.blogspot.my/2009/07/misteri-pulau-besar-melaka.html
http://www.faezramly.com/2015/05/kembara-sebuah-pulau-besar-yang_25.html
http://cintamenora.blogspot.my/2013/07/menjejak-misteri-pulau-besar-bahagian-2.html
http://wadahpanglima.blogspot.my/2010/10/makam-wali-allah-di-pulau-besar.html

Okey saya nak bercerita dari sudut saya sebagai seorang pelancong dan sebagai seorang yang cintakan pulau. Setakat ini saya dah pergi ke Pulau Manukan, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Kapas. Pulau-pulau yang saya pernah pergi tersebut memang best..Tapi susah saya nak cakap pasal Pulau Besar ni. Feeling dia lain macam. Rasa tenang dia pon lain macam. Bangun pagi dengan angin sepoi-sepoi dia memang mengasyikkan bagi saya yang pencinta pulau ini.

Saya pergi ke pulau ini sebab memang kebetulan saya di tawarkan oleh rakan sekerja untuk menjadi guru pengiring bagi aktiviti menjejak sejarah di Pulau Besar ini. Tanpa berfikir panjang terus saya terima ajakan kawan saya itu.

Ikuti serba sedikit coretan saya berkenaan Pulau Besar ini.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Gambar diatas adalah sewaktu perjalanan dari dalam bot. Ada dua cara untuk datang kesini. Pertama boleh naik feri dari Jeti Anjung batu. Macam saya kali ini, saya naik dari Jeti yang ada Ikan Bakar Parameswara tu di Jeti Pernu. Cuma disini kena naik bot, lepas tu bergantung kepada air laut juga. Kalau cetek maka tak boleh gerak lah. Kena tunggu air pasang dulu.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Pantai yang bersih dan mendamaikan

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Muzium di Pulau Besar dibawah jagaan PERZIM

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Nun jauh disana adalah jeti Pulau Besar

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Rakan sepejabat yang turut serta
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Pemandangan yang indah dan mendamaikan

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Lagi gambar pantai yang bersih

Gambar-gambar diatas pula diambil selepas kami sampai dan menjejakkan kaki ke Pulau Besar ini. Subhanallah, Allahhuakbar..sangat indah ciptaan Allah. Tenang je rasa bila berada di Pulau Besar ini.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Kami berkemah disini

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Yes, dah siap pasang kemah

Untuk makluman di pulau ini ada satu sahaja resort yang ada. Kami datang dalam jumlah yang ramai. Maka pilihan terbaik adalah berkemah. 

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Ada juga beberapa gerai makanan disini. Ini adalah pandangan dari gerai makan tersebut


Gerai makan ada disini. Waktu kami pergi kesini gerai makan buka sampai pukul 11 malam kalau tak silap. Ini dulu la. Sewaktu tahun 2014 saya kesini. Tapi baru tahun ini 2016 nak berkongsi. hehehe..

Aktiviti malam pertama yang dibuat adalah sekadar barbecue yang diuruskan oleh pihak pengurussan sana. Antara aktiviti yang boleh dibuat disana adalah keliling pulau. Ok boleh lihat gambar dibawah jika ada dikalangan anda yang ingin ke pulau ini.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Untuk makluman pulau ini sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan dan melawat tempat-tempat bersejarah sahaja ye.. Kalau nak snorkeling, menyelam, sukan air dan lain-lain tidak ada disini ye.

Ok sambung cerita. Ini pula adalah aktiviti seterusnya iaitu aktiviti melawat tempat bersejarah sekeliling pulau.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Taklimat yang dibuat oleh rakan sepejabat sebelum bergerak
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Saya tak ingat apa nama perigi ni. Maklumlah lawatan tahun 2014. Posting dibuat tahun 2016. Memang dah lupa la.
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Kami bertiga sebagai pengiring
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Pemandangan di padang golf

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Pemandangan yang mengasyikan


Disini ada padang golf. Tapi padang golf disini tiada orang main la. Walaupun tidak ada orang main, tapi padang disini cantik sebab ada syarikat yang menguruskan dan menjaga kawasan ini. Tak pasti apa nama syarikat tu.


Aduh tetiba rasa malas nak menulis. Nah saya share je lah gambar ye. layan..Lagi satu sebab malas adalah kerana peristiwa lawatan ni telah berlalu terlalu lama.hehehe..Jadi tak berapa nak ingat cerita disebalik tempat bersejarah ini.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Masa ni nak pergi keliling pulau la ni. jalan kaki je.Mencabar juga. Naik bukit, turun bukit. Jalan di celah akar kayu, celah-celah batu. Serius menarik bagi yang suka aktiviti mencabar.
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Atas batu mengadap laut
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Tempat ini dipanggil gua Yunus kalau tak silap
Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Nak naik batu tengok pemandangan di atas sana

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Memerlukan tenaga yang kuat ni. batu tegak 85%

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Dah sampai atas batu. Kena bergilir-gilir naik. Batu tu kecil je

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah
Ni gambar batu yang saya panjat tadi. tapi gambar diambil dari arah yang lain. serius cantik beb


Ada banyak lagi yang saya nak share sebenarnya tapi tak terluah..haaa..jom la kita sambung layan gambar.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Ha..gambar diatas pula adalah gambar di perkampungan bunian. Jangan takut pula ye..tidak ada apa-apa pun..Nama je macam tu. Tempat ni tenang sangat. Nyaman. Saya tidak pasti mengapa ia tidak berpenghuni. Boleh baca dari sumber-sumber lain kerana saya tidak ada info.




Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah



Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah



Gambar diatas ini pula adalah gambar view daripada sebelah sana. Maksudnya ni pantai yang terus ke laut terbuka selat melaka. Bukan yang disebelah jeti sana. Di sebelah jeti saya ia mengadap tanah besar. Mengadap Melaka la. Air yang lebih jernih dan cantik.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Ha...kena bagi tau ni. ini lah van yang akan membawa pelancong kalau anda malas nak berjalan. berjalan memang penat. Kalau tak mau naik van, boleh sewa motorsikal.


Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Ok, Gambar diatas ni pula adalah di batu terbelah, pelbagai versi cerita tentang batu ini, saya pun tak tau nak kata mana yang betul. Cuma kita lihat kebesaran Allah sahaja lah.

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Tasik diatas ini pon ada nama dia, tapi saya lupa apa namanya.hehehe

Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah


Yang diatas ni saya ingat. Namanya pokok sula. disini pon ada kisah-kisah sejarahnya juga.



Pulau Besar: Antara mistik dan sejarah

Gambar diatas pula adalah gambar waktu nak balik..bot-bot telah menunggu kami untuk dibawa ke tanah besar.

Akhir kata saya ingin pesan, toksah lah nak takut sangat untuk kesini, toksah nak mistik sangat la..Tak de apa pon. Semuanya baik-baik belaka. Ingat dan percaya kepada kuasa Allah sudah. Semuanya, sejarah dan lain-lain pasti ada hikmahnya.. Pergilah melawat ke pulau yang penuh dengan sejarah ini kerana dikatakan ini adalah nadi kepada penyebaran agama Islam di Tanah Melayu termasuk Indonesia dan sekitarnya..

Sekian, harap ia bermanfaat.




=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com


Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget