Friday, 8 July 2016

Kata Keramat: Take It Or Leave It!!



Ini adalah kata-kata keramat daripada seorang ketua di mana-mana syarikat yang pasti akan mengundang seribu satu kontroversi.
Hakikatnya saya nak menulis tentang managing change..Bukan sesuatu
yang mudah untuk dilakukan. Perubahan perlu dilakukan dalam mana-mana sahaja syarikat atau organisasi.
Perubahan perlu dilakukan atas pelbagai faktor antaranya adalah kesesuaian syarikat dengan persekitaran, perubahan polisi, teknologi dan pelbagai lagi.
Sebenarnya kata-kata tersebut tidak ramai ketua yang berani ungkapkan. Namun jika telah pelbagai cara dan iktiar dilakukan dan masih terdapat segolongan pihak dalam syarikat yang masih tidak mahukan perubahan, maka kata-kata diatas wajar dikeluarkan untuk memberi kata dua kepada staff kita.
Jika dikaji, banyak syarikat yang berorientasikan keuntungan telah lama menggunakan istilah ini. Pengalaman saya di sektor swasta pon kebanyakan ketua saya selalu keluarkan kata-kata sebegitu.
Bila kita berada di kaki pekerja itu sendiri, kita akan merasakan syarikat atau organisasi kita sangat kejam, tidak memahami keadaan staff,dan lain-lain lagi yang akan kita labelkan pada majikan kita.
Baik. Sekarang cuba kita fikir pula jika kita seorang majikan/usahawan. Jika ada staff kita yang tidak boleh sesuaikan dengan polisi/kehendak syarikat kita. Setelah pelbagai usaha dibuat, pelbagai cara difikirkan, pada masa yang sama syarikat perlukan perubahan untuk terus bersaing dalam industri. Kalau tak bersaing syarikat boleh lingkup.
So apakah yang kita akan lakukan?? Tepuk dada, tanya selera. Ikut la kata hati masing-masing..
Secara peribadi saya memang tak tau nak buat keputusan macam mana. Sebab belum lagi berada dalam situasi sedemikian..
Bak kata pepatah. Ditelan mati anak, diluah mati bapak. Nak jaga perasaan staff dan jaga prestasi syarikat???Memang memeningkan.
Tapi sebagai usahawan atau pemilik perniagaan, mahu atau tidak keputusan tetap perlu dibuat.
Buatlah keputusan dengan bijak ye..
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget