Monday 4 July 2016

4 Pengajaran penting yang boleh kita belajar dari Bryan Loo.


Ditulis oleh: Fidzah Zainol
Dapat idea menulis selepas menonton rancangan Inspirasi Hlive di Astro sebentar tadi.
Memang sangat menarik bak hang…pasai pa kami
kata lagu tue, sebab dia masa umur 7 tahun (darjah satu) dah mula buat bisnes “trading” dengan
mendapat untung sebanyak seribu (RM1000)…haaa..mesti korang nak tau kan..bagaimana beliau boleh mendapat keuntungan sebanyak itu sedangkan baru berumur 7 tahun…okey, nie kisahnya..
Menurut CEO Chatime ini dengan nada pelat utara yang pekat (orang Perlis) , walaupun datang dari keluarga “business” masa beliau berumur 7 tahun, bapanya beri hanya seringgit (RM1) sahaja belanja wang saku untuk ke sekolah. Beliau tidak diajar hidup mewah. Jadi, Mr.Bryan Loo ni, mula memikirkan bagaimana nak dapat wang yang lebih.. Oleh kerana beliau ada bakat melukis, beliau melukis komik dan disewakan kepada rakan sekolah. Jadi dia mendapat keuntungan sebanyak RM4.
Kemudian datang lagi idea “briliant” yang mana bisnes tradingnya bermula di mana beliau telah memborong kesemua pemadam yang terdapat di koperasi sekolahnya. Pada masa itu, menurutnya, budak_budak di sekolahnya memang sangat gemar membeli pemadam yang ada gambar power ranger, jadi beliau borong kesemuanya..Jadi bila diaorang nak beli dah tak ada stok, maka terpaksa beli dengan dia…
Haaa, nak dijadikan cerita beliau berjaya mendapat keuntungan sebanyak seribu (RM 1000)dengan membuat bisnes trading. Nampak tak bagaimana mudahnya kita nak membuat bisnes nie.
Budak darjah satu pon boleh beniaga. Inikan pula kita yang dah besar termasuk lulusan university.
Kesimpulannya, apa yang kita boleh pelajari adalah :
  1. Nak buat bisnes tak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi, asalkan ada minat dan usaha.
  2. Bisnes akan muncul bila ada masalah di situ pasti ada ruang dan peluang..
  3. Jangan takut untuk bermula, Yang penting kuasa tindakan untuk memulakannya.
  4. Nak menjadi usahawan tidak memerlukan had umur minimum.





Jpeg
Bryan Loo adalah merupakan CEO Chatime.



=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget