Sunday, 3 July 2016

1 RAHSIA penting kenapa usahawan perlu ber”blog”

Ramai tidak tahu pentingnya syarikat membuat blog atau website.
Nasihat saya, jika kita berniaga, tidak kira lah berniaga apa pun, elok beralih kepada platform online. Saya nak cerita 1 sebab
sahaja kenapa ia penting. Nanti kalau ada masa lagi, saya akan ceritakan sebab-sebab lain
seterusnya.
Ok, macam ni, sebenarnya pengalaman saya sendiri, saya tidak gunakan platform offline untuk membuat pemasaran berkenaan syarikat saya.
Semuanya menggunakan platform online. Saya fokus kepada blog sahaja dahulu ye. lain-lain platform saya tak mau komen lagi.
Kebanyakan pelanggan sekarang, era zaman moden ini, sebelum membuat pembelian, perkara pertama yang mereka buat dahulu adalah survey. Ye, mereka akan survey maklumat di internet terutamanya mereka akan tanya pakcik “Google”.
Mereka akan memasukkan keyword-keyword tertentu untuk mencari produk yang mereka inginkan. Maka disinilah kelebihan kepada mereka yang ada platform online. Mereka mudah dikesan oleh pakcik Google untuk diangkat masuk ke first page Google Search Engine..Muka depan tau..Setakat ini saya punya blog perniagaan masih mendapat tempat di Google Search Engine. Paling teruk pon kalau ia appear di page ke 2 atau 3  pon masih berbaloi.
Tidak hairan lah mengapa syarikat kami ini pelanggan dia serata Malaysia semuanya adalah atas bantuan platform online ini lah. Mereka yang call kebanyakannya menyatakan mereka mendapat nombor telefon dan tahu akan kewujudan syarikat ini daripada internet.
Gambar dibawah adalah screen shot dari desktop apabila saya masukkan keyword tertentu di Google.



Cetak baju di johor
Ini carian menggunakan keyword “cetak baju dijohor”. First page Google





Cetak baju di melaka
Carian menggunakan keyword “cetak baju di Melaka”. First Page Google juga





Cetak baju di Pahang
Carian menggunakan keyword “cetak baju di Pahang”. Juga first page Google.
sulam melaka
Carian menggunakan keyword “sulam baju di melaka”. Masih di first page Google


Sebenarnya, banyak lagi keyword-keyword berkaitan tshirt printing ini akhirnya akan dapat dicari oleh pakcik Google. Tak kira lah mereka taip di Melaka ke, Sabah ke, Terengganu ke, insyaallah masih dapat dikesan.
Harap selepas anda melihat bukti-bukti ini menyebabkan anda semua yang tidak ada blog.haaa…beralih lah ke blog yer..
Last! sebelum saya terlupa. Make sure guna domain berbayar seperti dot com, dot my, dot net ke atau lain-lain..Ok. macam biasa cukup setakat ini. Nanti ada kelapangan saya cerita lagi.



=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget