Sunday, 24 July 2016

Pandangan Peribadi: Android Vs iOS

Sebelum ini ada kawan saya yang menggunakan iPhone berkata kepada saya. Katanya susah untuk menggambarkan kesedapan menggunakan iPhone ini. Hanya apabila seseorang itu telah menggunakan iPhone barulah dia tahu akan
ke"power"ran iPhone itu. Saya memang tidak bercaya kata-kata itu. Kawan saya itu adalah pengguna Andorid sebelum ini dan beliau telah beralih arah kepada iOS.

Sehinggalah suatu hari ditakdirkan saya pula menjadi pengguna iOS. Pengalaman pertama saya guna memang agak susah sedikit. Kekok. Mengambil masa 2-3 hari juga untuk biasakan dengan iOS ini. Maklumlah banyak bezanya tu. Android lain. iOS lain. Tapi apa yang saya boleh katakan, 1 hari saya guna iOS terus saya rasa lain macam. Saya seperti telah jatuh cinta dengan iOS ini dan Apple secara keseluruhannya.

Dari pengalaman sendiri juga saya merasakan segala pergerakan adalah pantas dengan menggunakan iPhone ini. Maklumlah saya sentiasa scroll katalog dalam format pdf, gambar-gambar yang banyak dalam folder handphone dan lain-lain.

Sebelum ini dengan Android, apabila saya ingin melihat atau scroll katalog dan gambar baju perniagaan saya memang agak slow..Kadang-katang kena tunggu 3-5 saat baru keluar gambar dalam katalog. Pernah kekadang sampai hang semata-mata kerana hendak melihat katalog pdf. Boleh jadi stress. Kita nak cepat, pelanggan tanya harga. Kita pula kena reply harga dan gambar baju. Tapi boleh pula dia "hang" . Adusss..

Selepas 4 bulan guna iOS belum pernah ada pengalaman dia hang lagi tidak seperti saya menggunakan Android sebelum ini. Walaupun beli mahal-mahal "device" nya guna 4-5 bulan dah ada masalah-masalah slow dan hang. 


Lagi satu sebelum saya jadi pengguna iOS, saya ada pemikiran dan saya rasa ramai bukan pengguna iOS menganggap Apple ini leceh, nanti semua apps kena beli dan sebagainya. Saya nak betulkan. Sebenarnya banyak apps yang ada di Apple Store FREE. Tak perlu bayar pon. Kalau pengguna macam saya ni memang dah ok sangat-sangat. So kalau tak tau fakta, jangan nak melabelkan ianya leceh, berbayar dan sebagainya.  Cuba dulu..nanti baru tahu.

Untuk makluman saya pengguna Android sejak 2010 sebelum bertukar ke iOS pada  Mei 2016. Berbagai-bagai jenama Handphone silih berganti. Dari yang harga RM 780 hingga lah ke harga RM1999 semua saya dah guna.

Akan tetapi walaupun saya guna iPhone dengan harga RM750 sahaja, dia punya performance sangat puas hati.


Okey..dah panjang dah saya tulis ni...

Kalau saya cerita panjang pun nanti pasti ada yang tak suka. Sebab ini adalah isu sensitif. Apa yang pasti, susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Siapa yang dah guna iOS, maka dia akan faham apa yang saya cakap ini. Dan kebiasaannya sesiapa yang telah guna iOS mereka akan jarang kembali ke Android.



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget