Wednesday, 13 July 2016
Raya atau merana?
Pejam celik sudah hampir seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri. Rata-rata sudah kembali memulakan rutin biasa setiap hari - bekerja. Lumrah bila kembali naik cuti selepas sekian lama 'bersenang lenang', mood untuk
bekerja perlu dicari semula.
Tapi sebenarnya yang paling parah adalah poket. Ya, poket agak kering selepas banyak berbelanja untuk persiapan Hari Raya.
Kalau ada yang tak kering poket, itu maknanya menipu pada diri sendiri atau anda sememangnya dilahirkan kaya raya. Banyak yang dibelanjakan untuk membeli baju raya baru, padahal untuk golongan lelaki contohnya, baju melayu mungkin hanya dipakai pada solat Hari Raya Aidilfitri di pagi 1 Syawal saja.
Untuk golongan wanita dan 'persatuan ibu-ibu', karpet, sofa atau apa saja yang berkaitan hiasan dalaman rumah menjadi satu kemestian untuk ditukar dengan alasan - "malulah kalau orang datang rumah tak ada benda baru."
Paling ekstrem, menukar kereta baru. Mungkin ia satu keperluan juga kerana kereta sedia ada sudah agak lama dan tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Tapi kalau tujuannya sekadar untuk melaram ketika berkunjung ke rumah sanak saudara, maka tepuk dada tanya selera.
Dan percayalah, rutin ini akan berlaku setiap tahun sepanjang menyambut Hari Raya. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah mentaliti boros berbelanja untuk sambutan Aidilfitri - termasuklah saya.
Namun untuk mengubah mentaliti seseorang manusia itu agak sukar kerana ia adalah lumrah manusia. Langkah berjimat mungkin akan menyaksikan poket anda 'tebal' sedikit selepas Hari Raya. Jom cuba sama-sama pada tahun depan.
Oh, ini nukilan pertama saya dan InshaAllah berterusan selepas ini untuk manfaat bersama.
Labels:
Isu Semasa
Baca Artikel Menarik Lain

Kisah Port Out Dari Redone ke Telco Lain
Al-kisahnya pada minggu lepas aku ada bercadang untuk keluar daripada menggunakan telco Redone ke telco lain. Aku pun terus membuat proses port ...

3 Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia
Senarai berikut adalah kelebihan menggunakan perkhidmatan aplikasi Uber. Secara tradisional apabila kita menggunakan khidmat teksi, antara isu be...

Bagaimana Uber beroperasi???
Uber merupakan satu aplikasi yang menggunakan teknologi terkini menggunakan platform telefon pintar, dimana akan berlaku perhubungan terus anta...

7 sebab mengapa GrabCar, Uber jadi pilihan
KEHADIRAN perkhidmatan aplikasi GrabCar dan Uber membuatkan pemandu teksi panas punggung kerana periuk nasi mereka diancam. Malah d...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Post
Ambulan dan medical team datang ambil...
Alhamdulillah selesai aktiviti...
Setiap penyakit adalah ujian. Aku...
Aulora Pants - Meningkatkan Keselesaan...
Penerokaan kami tahun 2022 diteruskan...
Salam tuan/puan. ini pandangan aku...
Hai salam sejahtera semuanya. Hari...
Salam sejahtera semua pembaca blog aku....
Perkongsian kali ini adalah...
Salam sejahtera kepada semua...
menarik..
ReplyDeletehakikat hakiki..
hewhew..
menarik..
ReplyDeletehakikat hakiki..
hewhew..