Friday 8 March 2019

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar


Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar

Hai bertemu lagi di entry kali ini. Sebelum-sebelum ini aku ada menceritakan dalam blog ini berkenaan dengan keindahan tersembunyi di pantai Batu Layar. Kalau anda nak baca bolehlah klik link di atas tu ya. Serius best story yang aku cerita dalam link tersebut.

Ok berbalik kepada cerita asal kita, hari ni boring tak tau nak pergi mana. Anak-anak bagi cadangan jom mandi laut. Lagi pun
telah sekian lama tak mandi laut.

Tak silap aku sejak bulan 12 yang lepas aku tak mandi laut. Ya sebab waktu angin monsun ni ombak tinggi sikit. Kali ini dah masuk bulan 3. Serius sejak masuk hujung bulan 2, dan ni dah pertengahan bulan 3 ni di kawasan Bandar Penawar tempat aku ni dah lama tidak hujan. Ombak???cantik sesuai untuk mandi. Musim monsun dah lepas.

Termasuk jugalah di kawasan Batu Layar ni. Sewaktu aku sampai di sini tadi aku lihat kiri dan kanan rumput kering je. Ada juga kelihatan kesan terbakar di beberapa tempat. Biasanya rumput menghijau menaikkan lagi seri pemandangan dan keindahan pantai Batu Layar ini.

Lebih kurang pukul 3.45 petang aku sampai di pantai Batu Layar tadi. Tak berapa ramai sangat orang. Ini adalah perkara biasa sebab hari ini hari Jumaat. Walaupun hari Jumaat cuti biasanya pantai ini tidak berapa ramai sangat pengunjung.

Lainlah hari Sabtu atau cuti umum sudah tentu kawasan pantai Batu Layar ini akan dipenuhi dengan manusia.

Aku sampai je terus pasang kemah. Standby kalau terasa nak bercamping aku boleh terus bermalam je dalam khemah.

Sebelum aku pergi aku dah cakap pada isteri dan anak-anak. Tengok keadaan dulu. Kalau agak-agak ok je atau sesuai untuk bermalam baru kita bermalam.

Minum petang kami sekadar air kopi panas dan roti sapu peanut coklat sahaja. Anak-anak tak sabar nak main pasir dan terjun laut. Aku dan wife makan dulu sebelum aku pula akan terjun ke laut teman anak-anak mandi.


Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar


Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar
Solat asar jangan lupa. Ustaz pesan, kita ni solat sebab kita hamba,
Bukan solat sebab kita ni alim. Sempat plak wife aku snap gambar ni. Solatlah di mana sahaja kita berada apabila telah masuk waktu ya. 


Seterusnya selepas aku alas perut dan solat tadi, aku pergi mandi, main pasir dan layanlah kerenah anak aku ni.

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar
bersatu menuju ke laut


Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar
buat kek katanya

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar

Lebih kurang dalam pukul 6.45 petang baru aku dan anak-anak naik. Waktu ni aku dah suruh anak-anak cari kayu api untuk hidupkan unggun api. Kami hidupkan api di kawasan yang berbekas unggun api. 

Rasanya orang sebelum-sebelum ni yang buat, kami sambung jadikan ia turun temurun. Hahaha..Alang-alang dah ada tempat membakar dekat dengan khemah kami, so kami hidupkan je lah unggun api di situ.

Pengalaman yang seronok bagi anak-anak aku mencari kayu api. Barulah mereka tahu erti hidup susah. Kalau tak silap ini pertama kali anak-anak aku mencari kayu api. Ada lah juga pengalaman yang mereka akan kenang-kenang bila dah besar nanti.

Lepas tu aku uruskan mandi anak-anak. Bilas dengan air dalam tong besar yang aku bawa dari rumah. Ini dah menjadi kebiasaan aku kalau ke laut memang akan bawa air yang banyak untuk bilas selepas mandi laut.


Tempat bilas ada. Bukannya tak de, Cuma biasalah aku ni suka yang free. hahaha..

Sementara itu wife aku pula panaskan lauk untuk hidangan makan malam. Lauk ayam masak merah, ayam goreng dan nasi putih sahaja kami bawa dari rumah. Panaskan lauk guna stove. Memang ini biasa kami bawa kalau keluar berkhemah macam ini. Yer la, anak-anak ni bukan boleh dijangka. Tiba-tiba je lapar. Sebab tu kena bersedia dari segala segi. Maggie goreng pon ada. Just standby je tadi tu. Takde pula anak aku minta.
Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar
sedang menghidupkan unggun api
Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar
anak aku sedang menjamah makan malam

Selesai makan malam dan solat maghrib lebih kurang dalam pukul 8 malam aku kemas-kemas untuk balik. Bukan apa. Keluarga aku sorang je yang duduk pasang khemah di sini. Orang lain semua dah balik sejak pukul 7 malam tadi.


Ni yang aku kata tengok keadaan tadi. Kalau ada keluarga lain pon yang turut sama pasang khemah dan bermalam di sini syok juga. Ini tidak kami je kat sini. Arghhh baik kami balik.

Tempat aku pasang khemah ni sebenarnya tak berapa jauh dari Batu Layar Beach Resort pon. Sana ramai orang. Ada pelajar-pelajar kolej buat program di sana.

Esok hari sabtu aku rasa mesti ada orang bercamping. Hari ni tidak ada sebab hari Jumaat rata-rata orang masih bekerja.

Jadi kepada anda di luar sana kalau nak meriah ramai orang kena datang hari Sabtu tau.

Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini. Sekadar berkongsi. Babai..

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget