Saturday, 16 March 2019

Menginap di D'Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru


Misi mencari kolam renang diteruskan lagi pada bulan ini. Macam biasa bila aku ingin ke mana-mana yang memerlukan tempahan tempat menginap aku akan membuat tempahan di Agoda.


Cari punya cari aku terjumpa satu tempat ini yang pada aku menarik dan sesuai dengan budget aku.

Tempat ini dinamakan D'Esplanade Residence KSL City bertempat di Jalan Seladang Johor Bahru. Tempahan dibuat dan aku sengaja membuat filter dengan Agoda Homes supaya hasil carian aku nanti terdiri daripada kondominium atau apartment sahaja yang terpapar. Sebab kebiasaannya agoda home di bandar-bandar besar ni, biasanya begitu. Ia terdiri daripada kondo atau apartment. Jarang rumah teres tersenarai dalam pilihan agoda home. Kalau nak cari rumah teres boleh pergi di Airbnb.

Agoda homes ni biasanya ia diuruskan oleh orang perorangan dan bukannnya pihak syarikat atau hotel. Tapi jika kita pandai pilih, insyaallah kita akan mendapat tempat menginap terbaik sesuai dengan kehendak kita sebagai pelanggan.

Selepas aku sampai di sana aku kena berjumpa dengan care taker unit yang telah aku tempah. Aku jumpa di pintu masuk untuk ke tempat parking residence. Aku diberi kad access untuk masuk ke kondominium. Tempahan kali ini jenis kondominum yang pada aku sangat selesa dan kelihat masih baru lagi.

Yang aku perasan macam ada 2 blok iaitu blok A dan Blok B. Aku menginap di blok B.

Kondo ini bersambung dengan KSL hotel & resort dan shopping mall KSL. So siapa kaki mall boleh lah menginap di sini. Sempat aku round kejap mall ni. Punya lah besar. Tak abis pon aku ronda aku dah penat. So beli kek di SDS untuk aku makan di kondo. Lama rasanya tak makan kek. 

Nak ke mall tu kena turun ke level G dan hanya jalan kaki sahaja untuk pergi ke bangunan sebelah iaitu KSL mall.


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru
view dalam bilik

Unit yang aku pilih ini sangat selesa. Ada 2 katil queen cukup la kami 5 beranak untuk bermalam di sini. Lengkap dengan segala keperluan asas seperti microwave, peti ais, mesin basuh, pengering rambut, televisyen, wifi, water heater ehhh banyak lagi lah..Macam duduk rumah sendiri.

Dalam bilik ada juga bathtub disediakan. Ini yang anak aku suka sangat ni. Sebelum terjun kolam renang mereka dah berenang dalam bilik dulu walaupun kecik.


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Dari segi pemandangan sekeliling, aku rasa paling best. View bandar JB dan boleh la nampak negara jiran sebelah sana tu. Unit ini berada di tingkat 15. Bila tinjau ke bawah rasa longgar lutut. Maklumlah kita tak biasa dengan tempat tinggi. Parking secara FREE parking. Aku parking di tingkat 4. Pagi tadi aku layan sunrise. Syokk ooooo...

Boleh juga lepak di balkoni kondo sambil menikmati pemandangan petang dan malam. Nak melayan perasaan boleh boleh. Jangan ko terjun sudahlah..Hahaha..Gurau-gurau. Balkoni ni cermin sahaja, so bahaya. Aku memang tak benarkan anak-anak aku bermain di balkoni tu sepanjang aku menginap di sini. 


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru
sunrise
Kolam renang di tingkat 7. Ini kolam renang untuk residence. Sudah tentulah FREE. Dah kita duduk sinikan. Haruslah kita guna. Tingkat 6 pun ada dinasor team park. Tapi kena bayarlah. Tak pasti berapa bayarannya. Kalau anda semua nak tahu boleh je google. Mesti jumpa info punya. Tak silap team park ini diuruskan sendiri oleh KSL Resort & Hotel. Sebelah blok kami menginap tu je.  

Kolam renang di sini sangat besar dan puaslah kita berenang. Kolam kanak-kanak pon besar boleh la menampung permintaan residence yang ramai ni. 

Kolam di sini redup sebab bangunan tinggi setinggi 36 tingkat. Ada bahagian-bahagian tertentu kolam renang kat bawah tu terlindung daripada cahaya matahari secara terus. Pandai arkitek bangunan ni membuat design bangunan ni. 


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru
Ni orang panggil infinity pool. Sambil lepak-lepak dalam kolam boleh nikmati pemandangan.

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru
kolam kanak-kanak ni berbumbung. Dalam bangunan. So kalau hujan pon boleh la mandi kot. hehe...


Kelihatan juga ada unit-unit tertentu kondo yang ada private pool. Tapi aku tak pastilah. Ini unit untuk disewa atau memang owner sendiri yang menginap di situ.

Selain daripada kolam renang, antara kemudahan lain adalah seperti gym, taman permainan kanak-kanak. Apa lagi ya, tak perasan pula aku.


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru


Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Untuk sarapan pagi aku beli di luar bangunan ni. So kena jalan kaki jauh sikit. Yang aku perasan kedai non muslim banyak. Selain itu kedai pengusaha Bangladesh. Tiada pilihan, kena lah beli dari restoran halal dari kedai Bangladesh tu. Beli roti canai punyalah keras. hehehe..Takpelah janji boleh isi perut aku beli tapau makan dalam unit kondo.

Makan malam macam biasa aku akan ke restoran zz sup tulang dan makan tengah hari aku lepas check out aku makan di warung pokok cherry. Tak jauh tempat ini. Rata-rata dalam 8-14 minit memandu sahaja. So ok lah.

JB adalah satu tempat yang sangat menarik. So bila datang JB ini, pandai-pandailah explore tempat-tempat menarik ya. Aku pon banyak dapat info daripada review blogger-blogger malaysia macam aku ni. Rupanya besar juga peranan blogger ni tau. Jangan main-main. hahaha

Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Moga bermanfaat. Babai.


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget