Apabila kita ingin menjemput seseorang ke jamuan makan kita, ianya tertakhluk kepada beberapa adab dan cara.
Mengikut pandanganku yang tidak seberapa ini adalah seperti di bawah:
1)Pastikan urusan menjemput dibuat sebelum majlis jamuan makan itu berlangsung.
2)Zaman sekarang ada macam-macam aplikasi perhubungan di mana tidak jadi masalah kononnya tidak sempat jumpa dengan yang orang yang ingin dijemput.
3)Menjemput semasa majlis telah berlangsung atau telah tamat memberi gambaran tidak ikhlas dan penerima jemputan merasai mereka dijemput untuk menghabiskan makanan. Dalam hal ini ada tetamu yang tidak hadir sebab short notice atau mereka mungkin merasakan tiada keperluan untuk hadir.
4)Menjemput dengan cara adhoc seperti kebetulan orang itu lalu depan rumah kita, kita panggil dia ajak singgah makan sebentar. Dalam hal ini pada pandangan saya ia tidak beradab dan tidak ikhlas.
Biasanya ada sesetengah orang tidak akan singgah dan akan memberi alasan yang tidak mengecewakan tuan rumah seperti kata ada hal penting kena cepat atau perut sudah kenyang. Lalu terus beredar dari situ. Berbalik kepada point no 1 dan 2 kalau betul ikhlas hendak menjemput awal-awal lagi tuan rumah boleh mesej pelawa kita untuk ke jamuan makan tersebut.
5)Jemputan dibuat secara tidak khusus. Orang yang dijemput tidak jelas siapa tuan rumah, majlis makan untuk apa dan sebagainya.
Contohnya kita berjalan untuk pergi ke kedai, selepas itu kita dapati ada ramai orang sedang makan-makan di bawah pondok dihujung kampung tersebut.
Salah seorang yang sedang makan tersebut, telah menyapa kita ajak makan sebentar. Dalam hal ini yang dikatakan tidak jelas. Ni makan-makan sempena apa? Siapa tuan tanah yang sebenar-benarnya yang anjurkan jamuan makan tersebut? Bukan apa ia tidak jelas kerana jamuan makan ini dibuat di kawasan public, bukannya kawasan dalam rumah yang kita akan jelas siapa penganjurnya.
Dalam hal ini juga ia seperti tidak ikhlas menjemput. Biasanya ada dikalangan kita yang merasakan tiada keperluan untuk singgah makan. Berbalik semula kepada point no 1,2,3 dan 4 seperti di atas.
Kesimpulannya dalam hal menjemput ke jamuan makan, tidak kiralah jamuan apa ia ada cara, adab tatasusilanya. Bukan boleh dipandang remeh.
Dewasa ini masyarakat sudah tidak berapa cakna dalam hal ini. Tidak seperti zaman-zaman dahulu kala yang apabila ingin menjemput seseorang ke sesuatu jamuan makan, penuh dengan adap sopan dan tatacara tertentu. Bukan dibuat secara semborono.
Padaku tiada masalah menjemput guna sms atau applikasi komunikasi lain asalkan ia dibuat dengan cara yang betul seperti mana dalam point yang telah diterangkan seperti di atas.
Biasanya jika kita menjemput dengan cara yang betul, tetamu jemputan itu sendiri akan malu dan serba salah jika tidak hadir. Dalam Islam juga memenuhi undangan hukumnya adalah wajib.
Biasanya jika kita menjemput dengan cara yang betul, tetamu jemputan itu sendiri akan malu dan serba salah jika tidak hadir. Dalam Islam juga memenuhi undangan hukumnya adalah wajib.
Boleh juga baca pandangan blogger lain berkenaan tajuk yang yang lebih kurang sama hasil carianku di google:
Babai, sekadar berkongsi.
No comments:
Post a Comment