Wednesday 12 December 2018

5 Kesan Positif Bertukar Tempat Bertugas

5 Kesan Positif Bertukar Tempat Bertugas



Salam sejahtera dan selamat pagi semua.

Kepada penjawat awam kita tidak dapat nafikan yang kita perlu akur dengan apa sahaja arahan pentadbiran termasuklah arahan pertukaran tempat bertugas.

Hari ni tergerak sedikit untuk bercerita berkenaan pertukaran tempat bertugas setelah semalam boss bagi sedikit perkongsian yang ramai antara kita yang tidak mahu bertukar tempat bertugas.

Sebenarnya masing-masing ada

alasan tersendiri kenapa mereka tidak mahu bertukar. Kita perlu hormat pandangan mereka semua dan kita raikan semua pendapat.

Ada orang yang tidak kisah untuk bertukar tempat bertugas, dan ada orang yang sangat-sangat alergic bila dengar perkataaan "pindah" itu sendiri.

Macam aku sendiri, awal-awal lagi telah set dalam kepala aku memang akan berpindah bila cukup masanya. Nama pun makan gaji dengan majikan so akur je lah.huhuhu..Dalam organisasi aku ini, biasanya kalau di naikkan pangkat memang akan di pindahkan. Jarang berlaku dapat naik pangkat di tempat yang sama. Tapi kalau naik juga pangkat di tempat yang sama itu di namakan rezeki.

Semalam boss aku ada bagi tau, kadang-kadang orang yang tak mau pindah ni mereka tak tahu sebenarnya ada sebab musabab yang tertentu yang menyebabkan mereka perlu bertukar tempat bertugas. Antara dua sebab kata boss aku semalam. Pertama adalah kerana majikan nak selamatkan kita. Kedua mungkin sebab kita dah terlalu lama di sesuatu tempat. Jadi elok lah di pindahkan.

Boss aku juga pernah berkata kalau kita tak mau di pindahkan pon tidak mengapa, tapi sekurang-kurangnya buatlah inovasi di tempat kita bertugas tersebut. Tak kira lah apa-apa inovasi pon. Paling tidak ubah cara kita menjalankan suatu-suatu tugas tersebut. Kita kerja 30 tahun..30 tahun tu lah sama je amalan kita. So. elok la ubah sikit supaya kita menyumbang kepada organisasi kita. Kata boss aku.

Baik lah boss..Saya setuju dengan pendapat boss tu.

Tapi kita jangan memandang enteng kepada mereka yang suka stay lama di sesuatu tempat bertugas tu. Adalah alasan-alasan tertentu mereka.

Pengalaman aku sendiri dalam Organisasi aku bertugas ni, ini adalah tempat ke-3 aku bertugas. Pertama lapor diri di Johor Baharu tahun 2008, lepas setahun, aku yang minta tukar tempat bertugas ke Melaka. Alhamdulillah dapat. Tahun 2017 aku di pindahkan ke Bandar Penawar, Johor pula..Aku pasrah. Aku bernasib baik kerana isteri suri rumah jadi boleh ikut kemana sahaja aku pergi.

Sedikit yang aku belajar (hikmah) bila kita dapat bertukar tempat bertugas ini. Tak kira untuk aku sendiri atau untuk isteri dan anak-anak. Hikmahnya di bawah:


1)Kita cepat belajar menyesuaikan diri dengan keadaan.
2)Kita menjadi independent dan tidak terlalu bergantung sangat kepada sesiapa termasuk adik beradik sendiri.
3)Dapat belajar sesuatu ilmu baharu, budaya kerja baharu, persekitaran baharu dan menambah ramai kenalan.
4)Tidak bosan dengan tempat kerja kita. Al-maklumlah aku ni cepat bosan. So bila pindah tu dapatlah mengatasi masalah bosan ini. Belum sempat bosan dah kena pindah.
5)Sentiasa positif dalam segala hal dan tahap kebergantungan kita dengan Allah tu tinggi. Maklumlah kita tak de siapa-siapa adik-beradik, saudara mara yang dekat yang boleh bantu kita kalau terjadi apa-apa. Apa sahaja yang kita buat..Tawakkal je lah.

Ok itu sahaja nak berceloteh hari ni. Lain hari kita jumpa lagi. Babai







================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

2 comments:

  1. Salam..boleh bagi pandangan untuk memberi alasan berpindah bagi individu yang bujang..terima kasib

    ReplyDelete
  2. Bujang lagi baik berpindah randah bro.kalau ada better offer, pergi je lah. Macam saya sejak bujang memang dah biasa hidup merantau. Huk..huk..huk

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget