Thursday, 20 December 2018

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Jika nak baca part 2 boleh klik sini.


Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Taklimat kepada anak-anak lagi untuk ke destinasi seterusnya
Pagi ni kami sarapan makan roti sahaja. Cukupla sekadar alas perut.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami telah siap-siap untuk check out. Macam biasa taklimat di berikan sekali lagi kepada anak-anak dan sedikit post morterm hari pertama semalam. hahaha..jangan main-main dengan ayah korang ni tau.

10.30 pagi check out dan amik gambar kenangan kali

terakhir di sini.

Zaaazzzzz kami meluncur laju ke Mersing. Tadaaaaa..Dah sampai Mersing.



Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Sampai di Mersing kami makan tengah hari di Pusat Niaga Lembaga Mat Aris sebelah jambatan tu. Ini adalah kali kedua aku makan di sini. Kali pertama masa aku pergi ke Pulau Tioman dulu dan aku bermalam satu malam di sini. Dulu lah.

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Permandangan dari tempat makan aku tengah hari ni.

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
ambil gambar sebelum gerak

Sebenarnya hajat aku ke Mersing memang untuk bercamping..Dari awal lagi aku dan buat carian di internet. Dua tempat yang shortlisted adalah Teluk Gorek Chalet & Camp Site dan lagi satu adalah Pantai Lanun Camp & Chalet.

Selesai makan kami pergi ke Teluk Gorek Chalet & Camp Site. Kali ini aku memilih untuk ikut jalan pantai sambil menikmati suasana pantai.


Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Dah sampai di Pantai Air Papan.

Setibanya di Pantai Air Papan, viewnya sangat mendamaikan. Bendera merah menandakan tidak boleh mandi. Ombak tinggi tak boleh mandi. Tapi kami bukan nak ke sini pun. 

Sekadar lalu dan ambil gambar dan lihat pemandangan sahaja. Di sini juga aku ada nampak tempat untuk bercamping..Tapi macam tak menarik, aku teruskan perjalanan ke Teluk Gorek seperti di rancang.

Terus dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Teluk Gorek Chalet & Camp Site.



Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Dah sampai

Setibanya di sana terus kami teruja. Berjumpa dengan owner chalet. Masa tu belum decide sama ada kami nak berkemah atau nak tido chalet sahaja. 


Kami minta izin untuk melawat kawasan dulu. Nanti pukul 3 petang baru kami decide sama ada nak berkemah atau tido chalet. Chalet di sini murah tau. Terkejut aku. Aircond plak tu.

Kami nak tengok kawasan, tengok tandas dan tempat mandi, ada tempat cuci pinggan mangkuk, ada surau dan lain-lain kemudahan. Sangat bersih dan terjaga rapi.

Pendek kata sesuai untuk bercamping dan bersantai bersama keluarga dan lain-lain aktiviti. Aku sertakan link FB mereka di sini. Boleh KLIK!.

Teruja punya pasal aku dah siap pasang khemah bersama anak-anak. Anak-anak pon excited nak bermalam dalam khemah.     




Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)



Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Done pasang khemah

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Sempat test tido lagi
OK. Pukul 3 petang aku pon ke pejabat untuk berurusan. Aku bercadang untuk sewa sebuah khemah lagi. Baru cukup untuk kami anak beranak.

Tapi sedihnya, mereka kata khemah mereka banyak yang dah bocor. Lagi pun cuaca tak menentu ni, Takut hujan susah nanti. Kami akur. So khemah yang dah terpasang tu aku biarkan terpasang. 


Pukul 6.30 petang baru aku buka dan simpan. Ada hikmahnya juga kami duduk chalet, betol-betol malam tu hujan dan angin kuat. Kalau tak silap-silap terbang khemah kami.hehehe

So kami stay di Chalet sea view. Sangat tidak menghampakan. 


Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Yang kiri tu chalet kami. Sangat puas hati
Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
Tembesu namanya


Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)


Petang itu kami hanya buat aktiviti mandi pantai. Jangan risau di sini selamat untuk mandi. Sebab ia kawasan teluk. Ombak pon malu-malu untuk menghempas ke pantai walaupun kami datang waktu ni sedang musim tengkujuh.

Waktu petang air pasang baru best mandi. Kalau tidak kita terpaksa jalan jaun nun di sana untuk mandi laut. Air nya jauh ketengah sana dan pantai dia landai. Memang selamat..insyaallah..



Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
main panjat-panjat kayu.hehe
Petang itu juga aku habiskan masa bersama anak isteri bermain bola tampar dan bola sepak di tepi pantai. Line telefon dan internet di sini kejap ada, kejap tiada. 

Tapi aku rasa macam sentiasa tak ada je. Takper la. Kata nak bercuti. Aku memanfaatkan waktu ini untuk mereka.

Waktu malam kami duduk luar chalet menikmati makan malam bersama anak beranak. Macam biasa. Kami panaskan lauk guna stove. Lauk kami beli lebih waktu kat kedai tengah hari tadi.

Supper aku dah wife sahaja kat luar. Dating berdua. Anak-anak dah tido. Dating bual-bual sambil minum milo. Syokkkk ooo



Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)

Ok lah sekian cerita aku buat masa ini.

Bersambung di Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)





================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget