Monday, 31 December 2018

Siapakah Pengurus Kewangan?

Sumber: https://tinyurl.com/ybh3yk58


Dalam entry sebelum ini, saya ada menulis berkenaan 3 persoalan yang harus di jawab sekiranya kita memulakan perniagaan.

Persoalan-persoalan tersebut semuanya ada kaitan dengan kewangan korporat. Jadi bagi menjawab persoalan tersebut sudah tentu khidmat Pengurus Kewangan yang bijak dan pakar di perlukan dalam mencorakkan

hala tuju syarikat.

Ringkasan dari buku yang saya baca iaitu 
Corporate Finance Fundamentals yang di tulis oleh Stephen A. Ross, Randolph W. Westerfield dan Bradford D. Jordan, Kebiasaannya syarikat-syarikat besar yang mempunyai stockholder ramai, mereka juga akan menggajikan 

Pengurus Kewangan. Pengurus Kewangan sebagai wakil kepada pemilik. Mereka  membuat perniagaan dan keputusan sehari-harian berkenaan kewangan syarikat.

Pengurus Kewangan biasanya akan bekerja dan berhubung rapat dengan pihak pengurusan atasan syarikat seperti Vice President of Finance atau sesetengah syarikat ia di kenali sebagai Chief Financial Officer (CFO). Jika syarikat kecil, kebiasaannya menggunakan nama Pengurus Kewangan sahaja. 

Jadi anda jangan confius dengan title itu ya. Saya ulang, syarikat besar biasanya jawatan itu digelar CFO atau Vice President of Finance manakala syarikat kecil kebiasaanya menggunakan nama Pengurus Kewangan.

Hakikatnya, Vice President atau CFO / Pengurus Kewangan akan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti antara Treasurer dan Controller.

Antara aktiviti di bawah seliaan Treasurer adalah seperti pengurusan tunai, pengurusan kredit, perbelanjaan modal dan perancangan kewangan.

Bagi aktiviti Controller pula ia melibatkan aktiviti seperti pengurusan cukai, perakaunan kos, perakaunan kewangan dan pemprosesan data.


Dengan kata lain pejabat Treasurer ini perlu bertanggungjawab ke atas urusan tunai dan kredit syarikat, pengurusan kewangan, dan perbelanjaan modal. Semua aktiviti-aktiviti ini ada kaitan dengan 3 persolan yang telah saya bangkitkan dalam entry sebelum ini. 

Pengajian kita sebenarnya dalam kewangan korporat ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pejabat 
Treasurer ini.

Bersambung di entry akan datang..












================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget