Tuesday 1 January 2019

3 Keputusan Penting Yang dibuat Dalam Pengurusan Kewangan Syarikat

Keputusan-Keputusan yang di Buat Dalam Pengurusan Kewangan
sumber gambar: https://www.selfie2020.eu/2017/07/13/are-you-a-policy-maker-payer-or-professional-working-in-integrated-care-we-are-looking-for-you/



Pengurus kewangan melihat secara menyeluruh pengurusan kewangan sama ada syarikat sendiri atau organisasi yang lain.

Mereka perlu mempertimbangkan persoalan-persoalan yang telah di bangkitkan sebelum ini. 


Antara keputusan yang perlu di buat oleh Pengurus Kewangan adalah:

Budget Modal(Capital Budgeting): Ini merupakan proses

merancang dan menguruskan pelaburan syarikat dan memfokuskan kepada Aset Tetap. Kunci asas dalam keputusan ini adalah perlu mengambil kira saiz pelaburan, masa dan risiko aliran tunai masa hadapan. 

Contoh aset tetap adalah mesin dan bangunan yang bernilai tinggi. Syarikat perlu mempertimbangkan secara komprehensif sebelum sesuatu keputusan pelaburan di buat. Adakah berbaloi syarikat membeli mesin atau bangunan itu? Atau lebih baik syarikat menyewa sahaja?

Struktur Modal(Capital Structure): Fokus kepada mix of debt (borrowing) dan equity (ownership interest) yang di gunakan oleh syarikat. Apakah sumber dana yang paling murah atau paling selamat. Adakah kita hendak gunakan debt financing atau equity financing?. 


Kedua-dua sumber ini ada pro & cons yang tersendiri. Adakah ingin mengoptimumkan campuran debt dan equity ini? Di manakah syarikat perlu mendapatkan sumber dana ini? Syarikat perlu bijak menilai dan memilih sumber dana terbaik. 

Pengurusan Modal Kerja (Working Capital Management): Di sini syarikat perlu fokus kepada pengurusan aset jangka pendek dan liabiliti. Berapa banyak jumlah inventori yang perlu syarikat simpan? 

Apakah polisi kredit terbaik untuk syarikat? Di mana kita boleh mendapatkan pinjaman jangka pendek?

Untuk membantu kefahaman dengan apa yang saya tulis di atas boleh rujuk gambar di bawah:
Keputusan-Keputusan yang di Buat Dalam Pengurusan Kewangan
sumber: https://efinancemanagement.com/financial-management/functions-of-financial-management


Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan tugas sebagai Pengurus Kewangan ini bukan lah sesuatu tugas yang mudah. Ia mempertaruhkan nasib sesebuah syarikat. 


Gagal percaturan, maka runtuhlah syarikat kita.

Budget Modal(Capital Budgeting), Struktur Modal(Capital Structure), Pengurusan Modal Kerja (Working Capital Management) adalah suatu topik yang luas untuk di bincangkan. 


Huraian terperinci setiap topik ini akan di huraikan sedikit demi sedikit pada topik atau entry akan datang. 

Sekian




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

1 comment:

  1. Blog ini penuh informasi dan membantu

    sila lawat blog saya pula http://www.privatemandate.com

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget