Sunday 6 January 2019

MAKSUD AYAT PUKAU "HARGA SERENDAH" YANG DI GUNAKAN SELLER

MAKSUD AYAT "HARGA SERENDAH" YANG DI GUNAKAN SELLER



Ayat-ayat promosi yang menarik lazimnya dapat menarik pembeli singgah ke kedai kita. Seller perlu bijak mengeluarkan ayat ini agar pelanggan terkesima mendengarnya atau melihatnya dalam kempen pemasaran yang di buat oleh syarikat.

Akan tetapi dalam artikel ini saya akan kongsikan ayat yang biasa di gunakan
oleh seller dan kita pula sebagai pelanggan jangan mudah percaya bulat-bulat. Saya menulis sebab ada di kalangan pelanggan kecewa apabila berkunjung ke kedai sebab percaya bulat-bulat kepada ayat seller. Apa ayat itu?. OK ia seperti di bawah ni.

"Harga serendah RM5"


Ayat ini kita biasa lihat dan dengar bukan? Lepas tu ada pula kita dengar pelanggan kecewa setelah pergi ke kedai tersebut, harga lebih mahal daripada RM5.

Maksud sebenar seller berkenaan "harga serendah" tidak kira lah RM5 ke, RM10 ke atau sebagainya, sebenarnya merujuk kepada harga untuk produk tertentu sahaja yang di jual dalam kedai berkenaan. Kemudian produk tersebut pula mungkin terhad. 


Bukan semua harga RM 5. Kedai barangan baby sebagai contoh, mempamerkan ayat demikian, sebenarnya yang harga RM5 itu, mungkin puting susu berjenama dan ianya ada 5 unit sahaja.

Tapi dalam pemikiran kita sebagai pembeli menganggap semua harga dalam kedai tu berharga RM5. Ini pemikiran salah pembeli sebenarnya.

Jadi kita pelanggan yang percaya bulat-bulat akan kecewa dan mulalah melabel macam-macam kepada seller.

Itu ayat biasa seller bagi menarik minat prospek hadir ke kedai. Selepas masuk ke kedai biasanya pelanggan tidak akan pulang dengan tangan kosong. 


Mesti ada sahaja barang lain yang murah akan menjadi ganti jika barang berharga RM5 telah tiada. Yer lah..kita datang dari jauh kan?

Saya pernah juga kena. Rasa tertipu pun ada. Saya memandu di jalan raya area A Famosa Resort Melaka, lepas tu ternampak papan tanda iklan DURIAN 1 KG = RM2 di jual di tepi jalan.

Apa lagi? terus saya brek dan memberhentikan kereta menujuk kepada seller tepi jalan tersebut.

Saya kata saya hendak membeli durian 1KG RM2. Tapi seller tu balas, "aayoo..maaf la boss itu dulian sudah abis ma, itu tinggal sana punya dulian kacuk baik punya RM15 sekilo. Cuba la bos..manyak sedap ma"..

Aku beredar dengan perasaan kecewa.

Nampak tak?. Seller tepi jalan pun pandai gunakan ayat psiko ini untuk menarik pembeli yang lalu lalang..


Tujuan utama mereka sebenarnya hanya untuk memastikan ada prospek berhenti dan bertanya soal produk yang di jual. Lepas tu pandai-pandai lah dia yakinkan pembeli untuk membeli.

Kesimpulan..kita sebagai pembeli jangan mudah termakan bulan-bulat ayat yang di mainkan oleh seller ini. 


Ini saya tidak katakan salah..sebab itu adalah strategi seller. Cuma untuk tidak kecewa jangan lah meletak harapan apa-apa pada ayat seller ini.



================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget