Wednesday 2 January 2019

LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.

LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.
itulah lampu bonet Alza yang aku bulatkan. Lampu tu lah patah dan tercabut.
Sumber gambar: https://tinyurl.com/y9yfpykq
Baru-baru ini aku ada bawa barang yang banyak. Termasuklah bakul kononnya nak berkelah tepi pantai..

Ntah macam mana sewaktu aku nak keluarkan bakul berkelah aku tu, bakul tu melekat sekali pada lampu bonet belakang. Aku tak perasan, tertarik sekali dengan lampu-lampu tu. Akibatnya lampu tu terus tertanggal dan

patah.


LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.
nampak tak bakul hijau tu? Ha bakul ini lah yang menjadi punca kepada segala hal tu..huhuhuhu..Apa pun aku pasrah. alhamdulillah ada hikmahnya.


Aku cuba untuk pasangkannya kembali ke soket asal boleh dan berjaya akan tetapi suiz dan mentolnya mula-mula dari menyala terus tidak menyala..huhuhu..Kesian kat aku kan? Tak tau kenapa tidak menyala.

Lebih sedih lagi kesannya bukan di situ sahaja, lampu kabin tengah aku dan lampu kabin pemandu(atas cermin pandang belakang) depan sekali tu pon turut tidak menyala.



LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.
ini lah lampu kabin pemandu(atas cermin pandang belakang) yang aku maksudkan.
sumber gambar: https://tinyurl.com/yblpglel



LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.
ini lah lampu kabin tengah yang aku maksudkan.
Sumber gambar: https://tinyurl.com/y9godlwe


Aku syak telah "short" la kot arusnya hingga kan lampu yang tidak ada kena mengena pon boleh tidak menyala. Kiranya ia menjejaskan sistem lampu dalaman kabin aku lah.[Lampu bonet belakang(tepi kiri), lampu kabin penumpang (tengah atas) dan lampu kabin depan pemandu(atas cermin pandang belakang)]

Aku call Perodua Center Cawangan Ulu Tiram Johor. Katanya stok lampu ini tak ada. Kena order dari HQ. Di HQ pun stok tak banyak. Dia tak berani hendak memberi jaminan bila barang tu boleh sampai ke Perodua Ulu Tiram.

Lampu bonet belakang kena beli satu set. Harganya katanya dalam RM29.00++. Mentol kabin tengah penumpang aku tu plak dalam belas-belas ringgit. 


Untuk lampu kabin depan(pemandu) atas cermin pandang belakang tu pula tak de jual mentol. Kena beli satu set semua sekali lampu dan mentoL..Adehh!!nangis beb. Harganya 98.00++ kalau tak silap.

Aku kena pergi perodua center untuk buat pemeriksaaan bagi memastikan apakah masalah sebenarnya..Mungkin fius, mungkin mentol terbakar atau masalah lain yang dia pon tak berani nak sahkah. Kena periksa dahulu.

Untuk buat pemeriksaan seharusnya aku perlu membayar servis caj kepada Perodua. Tak silap katanya dalam RM22.25++ juga..huhuhu..Selepas dapat detect apa masalah sebenarnya baru boleh buat tempahan barang. 


Hendak buat tempahan kena letak deposit dan Perodua tak boleh memberi jaminan bila barang tempahan tersebut boleh sampai sebab stok di HQ Perodua pun tak banyak.

Kesian kat aku kan???

...Apa pun aku akan update lagi perkembangan ini setelah aku pergi Perodua servis center tu nanti. Tak tau la bila nak pergi sana.

Pesanan aku hati-hati bila mengeluarkan barang yang banyak dari bonet tu..Sebab lampu bonet Alza ni kat sebelah tepi tu semang mudah tersangkut. 


Lepas tu jangan tergopoh gapah keluarkan barang tu. Ni saje je nak pesan. Sebab dah kena kat aku ni ha..kan menyusahkan diri sendiri..hehehe..


UPDATE 8 Jan 2019

============


Hari yang di tunggu telah tiba. Aku sampai seawal 8.15 pagi di Perodua Servis Ulu Tiram. Aku orang pertama.

Service advisor ada inform aku yang untuk membuat pemeriksaan ini aku di kenakan bayaran RM 22.25. Aku bersetuju dan menurunkan tanda tangan.

20-30 minit masa berlalu kereta aku siap di periksa. Lega rasanya. Rupanya fius sahaja yang rosak dan perlu di tukar. Aku tidak di kenakan sebarang bayaran tambahan. Hanya bayar RM22.25 itu sahaja. Lega rasanya.

Semua lampu kabin aku ok dan berfungsi seperti sedia kala.

Cuma lampu bonet sahaja punat dia yang patah tu aku tak boleh nak buat apa. Nanti lah aku cari di kedai half cut kalau ada jual yang murah-murah. Kena tukar 1 set tu rasanya.

Tengok video kat bawah ni. Itu lah rupanya lampu bonet aku yang punat dia patah tak boleh nak on atau off kan..












================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

2 comments:

  1. Fius dia kat mana
    Trjadi kt kreta aku juga

    ReplyDelete
  2. Beli je mentol size tu kt DIY..rm5 spasang T10 utk yg dpn..yg tngh Pon Ada kt DIY..rm10 lbih kurng..pasang sdiri je..kt YouTube Ada tunjuk cara2 nk pasang mnde tu..

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget