Monday 7 January 2019

ADAKAH MARKETING MENGGUNAKAN FACEBOOK MASIH RELEVAN UNTUK 2019??




Tahun 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahun 2019, tahun yang paling mencabar untuk peniaga-peniaga online. Sudah pasti sesiapa yang berniaga telah mula membuat analisa tentang pengoperasian syarikat mereka terutamanya dari segi cara pemasaran syarikat.


Syarikat telah membangkitkan beberapa persoalan antaranya masih relevankah memasarkan produk menggunakan facebook?,
apakah cara terbaik memasarkan produk tahun 2019?

Saya menulis hari ini bagi membangkitkan persolan kepada semua adakah memasarkan produk menggunakan Facebook pada tahun 2019 masih relevant?

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rakan sekeliling saya, yang saya perhatikan berkenaan cara dan gelagat mereka sebelum membuat pembelian.

Sudah pasti sejak akhir-akhir ini pelanggan lebih gemar membeli secara online sama ada menggunakan platform seperti Shopee, Lazada, 11 street dan lain-lain platform perniagaan onlie.

Saya ambil contoh diri saya sendiri. Bagaimana saya membeli dan membuat pilihan?

OK begini, 

Biasanya kalau saya nampak iklan di Facebook sekarang ni, saya tidak akan tertarik untuk membeli. 

Sebagai contoh saya nampak produk kuruskan badan di Facebook. Facebook ni memberi saya kesedaran tentang sesuatu produk sahaja iaitu produk kurus. 

Selepas itu saya akan search di tiga platform lain seperti Shopee, Lazada dan 11Street untuk membuat perbandingan harga.

Lebih menarik lagi, biasanya ke tiga-tiga platform ini menawarkan harga lebih murah daripada seller yang membuat iklan di Facebook tersebut sama ada iklan tersebut secara berbayar atau free itu kita tolak tepi. 


Yang pasti saya tidak membeli dengan online seller di FB lebih 2 tahun dah kot.

Kenapa saya lebih suka membeli di Shopee, Lazada dan 11Street? Ini sebabnya:


1) Lebih yakin dan percaya. Jika barang tidak seperti di harapkan kebiasaannya boleh refund.
2)Jika servis tak bagus kita boleh komplen kepada penyedia platform atau bagi sahaja review rendah kepada seller.
3) Boleh melihat review produk secara tersusun dan melihat rating produk dan penjual.
4) Biasanya ada kupon yang boleh kita reedem dan kita akan mendapat point yang boleh kita simpan.
5) Kalau kita bijak, kita dapat waivekan kos postage.
6) Ada lebih banyak lagi pilihan produk

Ini baru saya seorang. Rasanya di luar sana masih ramai lagi yang mempunyai gelagat pembelian sama seperti saya.

Jika anda sebagai seller di Facebook semata-mata, fikir-fikirkanlah sama ada mempromosikan dan menjual di Facebook masih berbaloi atau tidak?? 

Zaman teknologi yang bergerak pantas dan sentiasa berubah ini, seller perlu berubah selaras dengan keadaan semasa untuk mengelakkan daripada ketinggalan dalam industri.

Facebook saya lihat sekadar salah satu tools bagi menarik prospek sahaja. Kita perlu synchronize kan semua tools dan platform digital yang ada untuk lebih berjaya. 

Jangan terlalu mengharapkan kepada Facebook semata-mata.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget