Siapa Saya





Mohd Faizal Bin Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama pena Abam Jai atau Bro Jai adalah Graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia dan pemegang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Keusahawanan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Selain kelayakan akademik, beliau juga mempunyai kelayakan profesional dan merupakan Chartered Member of The Institute of Logistics and Transportation. 
Pernah bekerja selama 3 tahun dalam sektor swasta dalam bidang kewangan dan perbankan sebelum berkhidmat dengan Badan Berkanun sehingga sekarang.
Faizal pernah bertugas di salah sebuah Institut Kemahiran  di Johor Bahru sebagai Tenaga Pengajar sebelum berpindah ke salah sebuah Kolej di Bandar Melaka sebagai Pensyarah. Sekarang merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Pengurusan Perniagaan dan juga seorang Pensyarah di salah sebuah Kolej di selatan tanah air.
Beliau juga merupakan Certified Trainer di Malaysian Practices Enterprise (MyPEC) yang beribupejabat di Menara Safuan, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang ahli keluarga besar Profesional Learning Fasilitator (PLF).
Suatu ketika dahulu, pernah diberi tanggungjawab menjawat jawatan di Kolej beliau bertugas, sebagai Pengurus Besar di Koperasi Kolej sewaktu bertugas di Melaka.
Berpengalaman dalam bidang latihan dan pendidikan lebih dari 13 tahun terutamanya dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan. Beliau terlibat secara langsung dalam pembinaan silibus, struktur kursus, membuat nota dan modul, pembinaan soalan untuk kursus baharu iaitu Fundamental Of Entrepreneurship yang digunapakai untuk program Diploma Keusahawanan di salah sebuah Kolej di Bandar Melaka.
Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembinaan modul Rancangan Perniagaan yang digunapakai oleh Bahagian Pembangunan Usahawan salah sebuah Badan Berkanun di Kuala Lumpur.
Seorang yang sangat suka berkongsi dan suka mencari dan belajar sesuatu yang baru. Blog ini ditulis hasil daripada pengalaman dan pandangan penulis sendiri. Artikel dalam blog ini terdiri daripada pelbagai segmen termasuk cerita-cerita harian penulis kerana ini juga salah satu platform beliau meluahkan apa yang terbuku di dalam kepalanya.
Jika ada dikalangan pembaca yang ingin sama-sama memberi pandangan dan membuat perbincangan ilmu dengan penulis tidak kira dalam bidang keusahawanan, perniagaan, kepimpinan atau motivasi boleh berhubung dengan beliau melalui email mfaizal82@gmail.com

Harap blog ini memberi sedikit sebanyak menfaat kepada anda di luar sana.
Faizal boleh juga di hubungi melalui:





No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget