Thursday 17 January 2019

Cara Ajaib Untuk Dapatkan Siaran TV Berkualiti Secara Percuma

Set up decoder untuk Siaran myFreeview
Sumber gambar: https://bit.ly/2HeVNri


Salam sejahtera kepada pembaca blogku sekalian. Hari ini saya ingin kongsikan kisah saya memasang decoder untuk menonton rancangan myFreeview tanpa bayaran bulanan.

Jika anda mengikuti blog saya secara konsisten, anda pasti tahu yang saya akan menamatkan langganan stesen tv berbayar yang telah di langgan saban tahun tidak

lama lagi. Boleh baca artikel tersebut di sini.

Rasanya masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan myFreeview ini. Kalau tidak tahu anda boleh tanya pakcik google. Pasti akan dapat jawapannya.

Pembelian dekoder ini saya buat setelah mengambil kira pelbagai faktor, paling utama adalah untuk mendapatkan mutu siaran yang berkualiti setanding dengan kualiti syarikat stesen tv berbayar HD di negara ini. 

Jika guna antena tulang ikan sahaja mutunya tidak bagus dan akan ada bintik-bintik tu..Rasanya anda faham kot. Bagi yang menggunakan antena biasa sama ada indoor atau outdoor anda pasti faham lah.

Jom lihat kualiti jika saya guna antena sahaja. Lihat gambar di bawah.

Set up decoder untuk Siaran myFreeview
kualiti siaran tv saya menggunakan antena sahaja.

Jom lihat pula kualiti jika saya guna antena+decoder. Lihat gambar di bawah.



Set up decoder untuk Siaran myFreeview
kualiti siaran tv saya menggunakan antena+decoder.
Cuba bandingkan..Mana lagi cantik??? Sudah tentu gambar kedua kan?

Untuk mendapatkan decoder yang baik, sudah tentu perlu dapatkan dari agen myFreeview yang sah yang menggunakan jenama MyTV. Boleh rujuk website mereka untuk mencari agen yang sah yang berhampiran dengan tempat anda.

Untuk tv kita yang versi baharu rata-rata ada yang support IDTV (Integrated Digital Television). 

IDTV adalah set TV yang telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menerima siaran digital tanpa anda perlu untuk membeli dekoder secara berasingan. 

Biasanya TV di pasaran tersebut akan di label dengan "DTTV MALAYSIA".

Tapi bagi saya pula, rasa membazir hendak beli TV baharu. Jadi cara terbaik adalah dapatkan decoder sahaja. 


Mula-mula pasang semua kabel dan cucuk wayar antena. Macam rumah saya ni jenis apartment 5 tingkat, so dah siap built in antena pada bangunan apartment. Saya boleh guna aparment punya sahaja. 



Set up decoder untuk Siaran myFreeview
Cucuk wayar antena di dinding seperti ini bagi yang rumahnya tersedia antena pada bangunan.


Lepas on kan decoder nanti sistem decoder akan auto search. Jangan risau ia sangat mudah. Hasilnya dapat lah siaran yang berkualiti setanding dengan kualiti gambar stesen HD tv berbayar. 

Lihat kualiti gambar seperti di bawah:


Set up decoder untuk Siaran myFreeview



Untuk info lanjut berkenaan dengan siaran myFreeview boleh lawati website mereka di https://www.myfreeview.tv

Sekian, sekadar berkongsi.

Babai.





================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/




No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget