Saturday 8 December 2018

2 Cara Pantas dan Mudah Menyunting Video

Cara Pantas dan Mudah Menyunting Video
Logo KineMaster


Cara Pantas dan Mudah Menyunting Video
Logo Power Director


Hai dan salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian.

Haaa..hari ini aku nak kongsikan 2 aplikasi yang aku gunakan untuk meng"edit" video yang telah aku buat. Sejak-sejak akhir ini aku telah mula berkecimpung dalam dunia meng"edit" video secara suka-suka. Sebenarnya aku tertarik buat video ni setelah melihat sahabat aku yang gemar membuat video. Beliau adalah
saudara Norizwan Azlan. (Boleh klik untuk melihat profil FB beliau).

2 Aplikasi ini juga aku ikut bulat-bulat seperti mana yang di sarankan oleh sahabat aku itu iaitu Kinemaster dan Power Director. Pertama kali guna applikasi ini, aku terus boleh edit video. Senang betol nak mahir.

Applikasi ini aku merasakan bagus dan sesuai untuk aku yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia peng"edit"an video ini. Mudah dan mesra pelanggan lah pada aku. Kinemaster ni kita boleh edit melalui smart phone sahaja. Manakala, untuk Power Director tu aku edit guna komputer.

Dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kalau nak cepat edit video aku hanya guna applikasi Kinemaster dari smart phone aku sahaja. Tapi kalau nak relax dan kualiti ok sikit aku guna Power Director di komputer aku. Power Director ini juga pada aku senang dan banyak tools yang boleh kita gunakan berbanding guna Kinemaster yang kita edit hanya melalui smart phone.

Selepas siap edit boleh la kita produce video kita tu. Macam aku di sebabkan aplikasi ini FREE maka sudah tentu akan ada watermark aplikasi tersebut terpampang dalam video aku. Tak pe lah..Bukan kita nak buat video korporat atau komersial pon. Hanya untuk suka-suka.

Bagi sesiapa yang nak lihat video aku tu..hahaha..Boleh lihat di YouTube Channel aku ni. Jangan lupa subscribe sekali tau!.

Babai.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget