Thursday 28 July 2016

Sebab perniagaan berasaskan perkhidmatan berkembang-Part 1



Era moden ini telah menyebabkan perniagaan berasaskan perkhidmatan sedang berkembang dan mendapat sambutan tinggi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan, maka agak rugi jika tidak 
mengambil kesempatan ini.

Sebelum membicara lebih mendalam mari kita lihat semula definisi perniagaan berasaskan

perkhidmatan ini. 

Perkhidmatan merujuk kepada perniagaan yang dijalankan dengan mengambil keuntung keatas sesuatu perkhidmatan yang dibuat oleh sesuatu syarikat. Antara contoh syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan adalah seperti Syarikat Pembentungan, Syarikat Pembersihan, Syarikat Keselamatan, Syarikat Perhotelan dan lain-lain lagi. Ia sama sekali tidak melibatkan jualan produk.


Jadi mengapa permintaan terhadap syarikat berasaskan perkhidmatan ini meningkat??


Antara 1 sebabnya adalah, disebabkan oleh Dasar Penswastaan yang dibuat oleh pihak Kerajaan. Kerajaan telah menswastakan beberapa agensi yang sebelum ini di operasikan oleh Kerajaan, telah diubah iaitu segala pengoperasian dibuat oleh Syarikat yang dilantik. 


Sebagai contoh, kita ambil perkhidmatan pembersihan, sebelum ini pembersihan kawasan bandar semua dibuat dan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran. Selepas mereka membuat dasar penswastaan mereka tidak lagi membuat kerja-kerja pembersihan kawasan jagaan mereka. Sebaliknya mereka membayar syarikat lain untuk membuat kerja-kerja pembersihan tersebut.


Apa yang mereka tahu adalah, kawasan bandar mereka bersih. Mereka bayar sahaja. Jadi dengan sebab ini lah banyak syarikat pembersihan wujud disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada pelanggan ini(Pihak Berkuasa Tempatan). 


Dalam kategori perniagaan perkhidmatan ini pula terdiri daripada pelbagai kategori lagi. Ada syarikat yang menawarkan pembersihan bangunan, pembersihan lanskap, pembersihan jalan dan longkang serta berbagai lagi.


Kawasan pembersihan yang luas, ditambah lagi pertambahan penduduk disesuatu kawasan telah menyebabkan perniagaan jenis ini sentiasa mendapat permintaan tinggi.


Kesimpulannya adalah, jika kita tahu dan yakin dalam untuk menjalankan perniagaan jenis ini, maka rebutlah peluang yang ada. Saya pasti anda tidak akan menyesal.


Perlu diingat ini hanyalah contoh sahaja. Saya ambil contoh perniagaan perkhidmatan pembersihan. Ada banyak lagi contoh atau perniagaaan berasaskan perkhidmatan yang boleh kita pilih.


Semoga bermanfaat...



=============



Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget