Monday 1 August 2016

Sebab perniagaan berasaskan perkhidmatan berkembang-Part 2



Dari hari ke hari sememangnya perniagaan jenis ini makin berkembang. Hari ini saya akan mengulas sebab ke-2 mengapa ia makin berkembang. Jika kita lihat syarikat berasaskan perkhidmatan ini seperti LAZADA, ZALORA, 11Street dan
lain-lain lagi semuanya bermula sejak zaman teknologi makin berkembang.

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan sebab perniagaan berasaskan perkhidmatan berkembang -Part 1. Jadi kepada sesiapa yang ingin baca boleh KLIK SINI.

Mari kita lihat sebab kedua pula kenapa perniagaan ini makin berkembang. Sebabnya adalah, PERUBAHAN SOSIAL. 

Ya, zaman teknologi ini sebenarnya menyaksikan manusia semakin sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pada masa yang sama maklumat juga makin senang didapati hanya dengan klik sahaja. Maklumat semua dihujung jari.

Atas faktor ini lah yang menyebabkan pengusaha-pengusaha syarikat berpaksikan internet tidak menunggu lama untuk menubuhkan syarikat seperti ini kerana mereka telah mengkaji sememangnya kehendak dan keperluan pelanggan telah berubah ke arah itu. 

Pelanggan boleh membeli secara online, melihat dan memilih semua secara online kemudian barang juga akan terus dihantar kepada alamat pembeli. Ia sungguh mudah. Perkhidmatan seperti ini lah sebenarnya yang memudahkan pelanggan disebabkan perubahan sosial yang berlaku secara tanpa sedar ini.

Siapa yang cepat mengambil peluang maka mereka lah yang akan berjaya dan dapat memenangi hati pelanggan.

Maka kita yang hendak baru berjinak-jinak ini kena sedarlah bahawasanya perniagaan berasaskan perniagaan berkembang atas sebab perubahan faktor sosial. Jangan tunggu lagi terus kaji dan fikirkan apakah perkhidmatan yang kita ingin buat pula. Insyaallah pasti berjaya.

=============


Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget