Saturday 13 August 2016

Apa itu Politik



Minggu ni discuss marketing makroenvironment dengan student.Antara komponennya adalah politik.

bila tanya apa itu politik?rata-rata mereka menjawab.politik adalah BN,PKR,PAS,DAP.itu parti dik oi.bukan politik.

Jadi kita mudahkan pemahaman.secara
mudahnya "politik" adalah mempengaruhi orang lain untuk  mengikut ideologi/pemikiran kita.

Dalam rumah,kelas,sekolah,kampung kehidupan seharian kita semua tu ada politiknya.

Contoh situasi:
Sebelum kena pecat dari partinya, YB tu kata "Parti A adalah sah walaupun tidak berdaftar dengan ROC".

Selepas kena pecat dengan partinya, YB tu pula berkata "Parti A sebenarnya tidak sah sebab tidak berdaftar dengan ROC"..

Hah!! Nampak?saya bukan nak menyebelahi mana-mana parti,tapi nak betulkan persepsi apa itu politik.

Dalam situasi di atas itu la yang dinamakan politik.Seorang YB tu sedang berpolitik(mempengaruhi org lain utk mengikut idea/fahamannya).

Dulu Parti Z tak sokong Pihak tu. sekarang sokong pula.Dulu YB tu sokong YB ini, sekarang tak sokong pula.Semua tu proses politik la tu.nak pengaruhi oang lain.

Situasi dalam rumah apabila adik beradik menunjukkan mereka hebat dari adik beradik yang lain, itu pon politik juga untuk mempengaruhi ayahnya supaya membeli hadiah untuknya.

Harap paham yer adik-adik. 

Sekian.


=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget