Friday 2 September 2016

Cara Sihir Google supaya "Kedai Internet" sentiasa berada di Ranking Pertama Enjin Carian.

Credit Photo:https://perangisihir.files.wordpress.com/2014/06/sihir-perdukunan.jpg


Sebelum-sebelum ini, ada diceritakan berkenaan usahawan perlu "berblog" terutamanya dalam era teknologi kini. Anda boleh KLIK SINI untuk membaca semula artikel tersebut. 

Hari ini saya ingin menambah lagi penulisan berkenaan perniagaan internet ini. Baru-baru ini, saya ada
berjumpa dengan pelanggan. Pelanggan tersebut pelik dan terkejut macam mana saya boleh buat supaya link "kedai internet" saya sentiasa berada dalam muka pertama google search engine.

Pelanggan tersebut merupakan HR Officer di salah sebuah Industri Dobi. Beliau bekerja di sana yang beliau pelik, apa yang saya buat? Sampaikan taip apa pun "keyword" berkenaan t-shirt printing terkeluar "kedai internet" saya. Beliau menambah, adakah saya membayar iklan kepada Google?

Saya kata "NO!. Kalau tuan nak tahu, tuan kena belajar ilmu sihir supaya tuan boleh sihir tokey Google tu. Bila tuan sihir tokey tu, confirm dia akan dengar cakap punya.".hahaha...Beliau dan saya terus tergelak besar..


Sebenarnya tidak ada apa pun rahsia atau apa-apa ilmu sihir ke apa.. Yang penting kita kena selalu menulis dan rajin update "kedai internet" kita. Dengan kata lain konten dalam blog kita tu. Bila banyak konten maka makin banyak lah peluang untuk blog kita diangkat secara FREE oleh Google Search Engine.

Prinsipnya mudah. Google akan membantu pelanggan dia (pencari info) untuk mendapatkan apa sahaja yang dicari oleh pelanggan internet mereka dengan cepat dan tepat.. Kita pula sebagai pemilik blog kena rajin menulis. Robot Google akan membuat carian "keyword" yang di taip oleh "pencari info" dan Robot Google juga akan scan mana-mana blog yang ada "keyword" yang dicari tadi., Semakin banyak keyword itu ada dalam blog kita, maka potensi untuk blog kita "diangkat" ke first page google search engine adalah tinggi.

Apa yang biasa saya buat adalah saya akan menulis setiap testimoni baju yang telah saya buat untuk disimpan dalam blog. Itu sahaja rahsia dia. Bukan kerana sihir ye...


Share jika ianya bermanfaat.





=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget