Sunday 11 September 2016

Cara didik anak zaman dahulu yang semakin dilupakan

Cara didik  anak zaman dahulu yang semakin dilupakan
sumber gambar: https://tinyurl.com/y5gvo4wy


Isteri berkata pada sang suami.

"Abang...,bawang dah abis, cili dah habis, gula pon dah habis. Tolong belikan bang."

Saya yang baru nak menyandar di sofa terus...alamak!!!
"baik la sayang".Terus start motor,zaazzzzz sampai kedai".

Saya terfikir..zaman sekarang sangat lain....

Saya ada anak lelaki 7 tahun, saya tidak percaya pada dia. Dan mungkin saya lebih tidak percaya pada persekitaran sekarang.

Peristiwa di atas terus membuatkan saya terfikir dan "flashback" waktu saya kecil duhulu.

Bukan apa, suatu masa dahulu, sayalah yang menjadi pembantu setia mak diwaktu saat-saat kecemasan mak memerlukan barang dapur ketika beliau sedang memasak. Dengan pantas mak akan jerit. "Banglang,tolong mak belikan garam, cili, bawang bla..bla..bla..". Tanpa banyak soal aku jawab. "Baik mak".

Lepas tu saya pergi mendapatkan mak, mak bagi nota dan wang. Seawal usia 6 tahun(tadika-tahun 1988), saya telah berani dan mak memberi kepercayaan penuh kepada saya untuk membantunya. Itu lah rutin harian ku sehingga tamat tingkatan 5.

Waktu itu, saya tiada basikal. Orang susah macam tu la. Pergi jalan kaki je. Jarak kedai 100 meter dari rumah. Pergi la berjalan ke kedai runcit. Beri nota tadi dan orang dikedai tersebut membuat semuanya. Saya bayar, pekedai memberi barang yang dipesan serta baki, dan saya terus balik kerumah dengan selamat..

Ada beberapa faktor yang menyebabkan saya dan mungkin orang seperti saya tidak percaya kepada anak-anak kita zaman sekarang:

1. Keadaan sekarang yang meragukan. Kita bimbang akan keselamatan anak-anak kita. Sekarang ni macam-macam kes. Kes culik, kes bunuh dan lain-lain lagi. Kalau dulu kita boleh keluar bermain bebas tanpa rasa ragu-ragu.

2. Keadaan sekarang yang banyak manusia pentingkan diri sendiri. Kalau dulu kita dapat lihat jiran tetangga amat mengambil berat pasal orang lain termasuk anak-anak kita. Anak mereka adalah anak kita, dan anak kita adalah anak mereka juga. Masyarakat dahulu amat menjaga anak-anak yang berada dalam kawasan kariah mereka. Dalam keadaan sedemikian ini, anak-anak juga akan takut untuk membuat perkara yang dilarang kerana akan ada ramai "mata-mata" yang memerhatikan. Keselamatan anak-anak juga akan turut dipantau oleh ramai "mata-mata" ini.

Kesan baik yang dapat saya rasakan pada diri saya waktu kecil apabila dilatih sebegini rupa adalah:

1. Dapat membina jati diri yang baik dalam diri.
2. Membina keyakinan dan berani mengambil risiko diusia yang sebegitu muda.
3. Membina sifat tidak bergantung pada orang lain.
4. Kita dapat menyuburkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dan macam-macam lagi sifat positif dapat diterapkan dalam diri.

Lihat anak-anak kita. Adakah mereka ada sifat-sifat diatas seawal usia 6 tahun lebih-lebih lagi sifat tidak bergantung pada orang lain tersebut?. Kalau ada sifat tersebut, alhamdulillah. Kalau tidak, kita kena merenung semula cabaran ini. Pasti ada cara lain untuk kita memberi dan menerapkan sifat-sifat diatas kepada anak-anak kita.

Bukan apa, saya terfikir, sampai bila  anak kita hendak mengharapkan semuanya daripada ibubapa. Sampaikan kasut sekolah pon ibu-bapa yang basuhkan. Oh..tidak..tidak..

Moga kita semua dipermudahkan segala urusan dalam membentuk generasi masa hadapan...Insyaallah..



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget