Wednesday, 12 October 2016

Jalan-Jalan Di Pulau Burung, Port Dickson


Bercuti di Pulau Burung
Batu tanda Pulau Burung



Ini merupakan pengalaman pertama saya sekeluarga ke Pulau Burung ini. Sebenarnya saya telah banyak kali lalu kawasan ini. Dari jalan besar saya ada perasan memang ada pulau kecil yang boleh dilihat dari pantai dan jalan besar. Boleh kelihatan ada jambatan dan ada beberapa pengunjung masuk ke
pulau itu. Tapi terdetik dalam hati bagaimana ingin sampai kesana? Bagaimana ingin menyeberang? Dimana jalan masuknya? Macam-macam lagi persoalan yang bermain diminda. 

Sekadar lalu dan perhatikan sahaja lah pulau itu dari jauh. Sehinggalah hari ini, terlihat rakan FB buat posting gambar di Pulau Burung itu. Kebetulan pula saya memang berada di Port Dickson waktu itu.

Apa lagi???Terus google, dan rupanya dah banyak blog yang menceritakan berkenaan pulau burung ini. 

Apa yang ada di Pulau ini??

Sebenarnya saya pon tak pasti nak kata apa yang ada disini. Apa yang boleh saya perkatakan dari mata kasar adalah ia sekadar pulau paya bakau sahaja. Jalan masuk kena masuk melalui Pantai Cahaya, Port Dickson.

Kalau kita dari arah teluk kemang ingin menghala ke Pekan Port Dickson kita akan nampak ada Bayu Beach Resort sebelah kiri kita. Kedepan sikit dari Bayu Beach Resort tu kita akan nampak simpang ke kiri untuk ke Pantai Cahaya. So, disitulah jalan masuknya.

Waktu kami sekeluarga sampai disini adalah tengah hari,...panas terik. Air laut pun sedang surut. Kelihatan ada juga orang sedang memancing disini dari atas jambatan. Ada juga pengunjung yang sedang bermandi manda di kawasan ini. Jadi yang menariknya bila air surut, boleh la anak-anak turun dan melihat ketam, kerang dan ikan-ikan kecil di daratan paya bakau tersebut. Anak-anak seronok la sebab dapat merasai pengalaman ini.

Pengalaman dan pemandangan disini memang indah dan menarik lah.. Kalau datang waktu matahari nak terbenam rasanya lagi menarik ni. Datang waktu tengah hari apa dapat??? Dapat penat, peluh dan dahaga sahaja lah..hehehe

Cukup setakat ini.

Ok jom layan gambar:


Bercuti di Pulau Burung
Batu tanda Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
Pemandangan dari atas menara tinjau

Bercuti di Pulau Burung
Anak-anak suka dapat melihat kerang dan ketam disini

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
Dari jauh kelihatan menara tinjau yang saya sebutkan sebentar tadi.

Bercuti di Pulau Burung


Bercuti di Pulau Burung
Kami sekeluarga

Bercuti di Pulau Burung
yeyeye..dapat kerang
Bercuti di Pulau Burung
ini di depan sekali. dikawasan parking kereta


Bercuti di Pulau Burung
ni pemandangan dari pintu masuk pulau burung

Bercuti di Pulau Burung
anak-anak sedang bermain dan mencari hidupan laut sewaktu air laut surut

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
pemandangan dari arah pulau burung mengadap tanah besar

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
Haaa.gambar ini diambil di atas menara tinjau

Bercuti di Pulau Burung
ini pon pemandangan dari menara tinjau pulau burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
kalau air pasang, rasanya pokok ni tenggelam ni

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung


Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung

Bercuti di Pulau Burung
ini juga pemandangan dari atas menara tinjau. berpeluh juga nak mendaki tangganya.huhuhu..


Antara blog lain yang menceritakan pulau burung ini:

http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2014/02/pulau-burung-port-dickson.html
http://www.zazaiman.com/2016/08/destinasi-menarik-di-pulau-burung-port.html
http://mymiee.blogspot.my/2010/11/pulau-burung-port-dickson.html
http://kisahtiny.blogspot.my/2012/06/pulau-burung-pantai-cahaya-negeri-port.html
http://nasabibnuhazim.blogspot.my/2016/01/pulau-burung-port-dicksonberwajah-baru.html


Sekian, harap bermanfaat...



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget