Thursday 4 August 2016

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis


Semalam saya menghadiri program di Desa Balqis, Kuala Linggi. Sebab tu dapat lah saya cerita serba sedikit berkenaan resort ini.
Memang cantik tempat ini. Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, disini adalah pilihan yang tepat. Apa yang
saya lihat disini menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari. Desa Balqis merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar. Pertama kali sampai kesini saya merasakan seolah-olah saya pulang ke kampung halaman sendiri.
Saya tak pasti berapa jumlah kediaman dan bilik yang disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan lain-lain lagi.
Petang hari saya sempat ke pantai. Cantik dan bersih pantainya. Cuma tak sempat terjun ke laut je.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku. Kolam renang pula mengadap laut. Memang mengasyikkan.
Dibawah ada beberapa keeping gambar yang saya ambil menggunakan kamera handphone saya. Layan lah serba sedikit gambar amatur saya tu ye.
Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Percutian Ala Kampung di Desa Balqis

Alamakkkk!!!Lupa nak ambil gambar laut. Ha..tak pe lah. Nanti anda google pasti ramai orang telah bercerita pasal Desa Balqis ni. So, Selamat meng"google"
Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Desa Balqis dan laman FB Desa Balqis untuk maklumat lanjut.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia


=============


Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget