Saturday 6 August 2016

Siapa kata susah nak cari duit?? Anda bohong!



Ramai diantara kita mengeluh dengan kos sara hidup yang saban hari makin meningkat. Bila dicadangkan untuk berniaga macam-macam alasan diberikan. Tiada modal lah, tak tau macam mana hendak mula lah, susah lah dan berbagai lagi. 

Sebenarnya semua alasan tu tidak ada kena mengena pun dengan
proses permulaan untuk berniaga. Alasan hanya alasan yang menyebabkan kita akan semakin ketinggalan dan terus menerus mengeluh.

Tadi saya bawa adik berjalan-jalan disekitar Bandar Hilir, Melaka. Sambil jalan-jalan terserempak dengan orang ni.

Saya tertarik dengan cara orang ini yang mencari rezeki dengan hanya memakai costume baju mickey mouse. Lihat gambar diatas. 

Jadi beliau akan kelihatan pelik disitu. Apabila pelik sudah tentu akan menjadi tumpuan mata-mata pengunjung yang ada disitu. Ramailah yang gila untuk mengambil gambar dengan mickey mouse ini. Tapi harus diingat beliau juga ada letak kotak ditepinya kalau-kalau ada yang ingin memberi sumbangan ikhlas. Kotak itu ada menulis "tips for me if you think me excellent $!!"

Beliau rajin melayan sesiapa sahaja yang ingin bergambar dengannya dan membuat aksi-aksi yang comel. Dan dari pemerhatian saya, memang ada yang memberi beliau wang dengan ikhlas. Ada banyak, ada sedikit. Yang pasti kebanyakan yang bergambar pasti akan menghulurkan wang.

Orang dibawah pula memang betul-betul berniaga. Awal-awal lagi telah letak harga RM2 jika ingin bergambar dengannya. Orang ini sanggup mewarna seluruh tubuhnya dengan warna emas.



Ini yang dikatakan kreatif dalam mencari rezeki.  Rezeki ada dimana-mana. Rajin atau tidak je. Hendak atau tidak je.

Moga mereka berdua sentiasa dilimpahkan rezeki.Aminnn


=============


Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget