Thursday, 21 May 2020

Air-cond Saga BLM Tidak Berfungsi


Baru-baru ini kereta Saga BLM aku menghadapi masalah air cond tidak berfungsi. Aku gagahkan untuk memeriksa sendiri dan cuba mengenal pasti masalah tersebut sendiri.

Berbekalkan pengetahuan serba sedikit yang aku belajar daripada youtube maka aku pun buat lah pemeriksaan.

Waktu pertama kali aku memeriksa tu aku usik-usik wayar bawah iaitu
di tempat penyambungan wayar dengan motor blower. Terus berfungsi.

Huh lega..Selesai masalah..Tapi lepas tu alang-alang aku dah check tu aku pon buat lah operasi pembersihan blower sekali. Kereta dah lama 12 tahun ++ maka tak pernah cuci blower, maka aku cuci lah kasi bersih.

Lepas cuci aku pasang. yess berfungsi dengan sempurna. Aku pun bawa kereta ke pejabat pagi tu. Lepas masuk pejabat aku nak keluar sebentar, aikk tiba-tiba air-cond tidak berfungsi semula.

Aku buka semula youtube, bertanya kepada kawan-kawan yang pakar apa punca dia? Banyak punca sebenarnya.

Tapi aku ada jumpa satu video di youtube, simptom dia sama macam kereta aku. Untuk makluman ya. Kereta aku adalah kereta Saga BLM first model tahun 2008. Sekarang sudah tahun 2020. Tak pernah ada masalah air-cond sebelum ini.


Apa simptomnya???

Haaa ini nak cerita ni. Blower air-cond aku ni macam susah nak pusing.(macam berat). Bila kita on mula-mula ok. Lepas tu bila kita off dan on kan kembali maka ia tidak akan berfungsi.

Letak tombol suiz air-cond ke 1, 2, 3 atau 4 sekali pun ia tidak berfungsi.

Akan tetapi, bila kita bantu gerakkan blower tu guna jari, ia akan berpusing..Bila off, dan on kan semula dia tak berpusing kembali. Kena bantu lagi iaitu gerakkan guna jari. Baru OK.

So simptom macam ini ia merujuk kepada masalah motor blower itu sendiri bermasalah.

So kalau kita ada alat untuk periksa arus letrik itu lagi baik. Lagi mudah nak kenal pasti apa punca, sama ada fius, resistor atau motor. Aku tawakkal je ni untuk tukar blower berdasarkan naluri aku sendiri.Tambah-tambah lagi teori yang aku tengok di youtube ia merupakan masalah blower. Kawan aku pun kata itu blower bermasalah.

Pergi kedai spare part aku beli APM punya brand RM145.

Wow boleh tahan. Resistor kalau nak tukar RM100. So aku beranggapan cukup sekadar tukar blower. Ada pendapat menyatakan elok tukar sekali gus blower dan Resistor tambah-tambah kereta aku telah berusia. Katanya kalau lepas ini resistor rosak ia akan menjejaskan blower juga. huhuhu..

Tapi waktu tu di kedai spare part resistor takde stok, kena order dan amik masa. So aku selamat, tukar motor sahaja.

So aku pun pasang sendiri, alhamdulillah selesai. Modal RM145 sahaja. Kalau hantar kedai, huh! agak-agak berapa RM lah aku kena ya?

So aku bagi juga link youtube untuk korang tengok video yang aku buat waktu tukar blower tu.



TQ. ,moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget