Disc tulang belakang L4, L5, S1 ada masalah menyebabkan kena sciatica. (Boleh google apa itu sciatica). Ramai dah orang kongsi berkenaan sciatica ni. Pinggang tak sakit. Belakang badan pon tak sakit. Yang sakit adalah kaki kiri sahaja.
Sakit kejang-kejang, kebas-kebas, kadang menyucuk yang berpanjangan dari punggung ke paha bawak ke keting belakang kaki. Jalan pon sakit pada peha kaki kiri. Apatah lagi kalau aku berjogging. Ya. Hanya sebelah kaki kiri sahaja.
Lama dah kena ni sejak 2009. Trigger dia mungkin salah angkat. Waktu tu wife pengsan kat labor room selepas lahirkan anak sulong. So aku angkat wife aku dalam keadaan tidak bersedia dan mungkin tersalah step. Sejak tu sakit menangkap ke kaki. (Sweetkan??angkat bini)ππ
Akan tetapi waku tu sakit dia on/off. Makan ubat akan baik sakit tu.
On/off tu maksud dia sejak 2009 akan sakit macam kejang-kejang pada peha kiri bawak ke bawah kaki tu berterusan selama 2-4 minggu. Makan ubat akan baik..lepas tu 1-2 tahun akan datang jadi lagi sakit yang sama..2-4 minggu sakit makan ubat baik. Begitu lah seterusnya sampai tahun 2021. Sampai dah set dalam minda ni, setahun atau 2 tahun sekali mesti akan datang sakit yang sama macam ni.π
Sebelum itu aku perasan juga simptom lain iaitu kaki aku kerap kebas. Bersila sekejap pon kebas, duduk berlunjur pon kadang cepat kebas, tidur pon kadang kaki kebas, bawak kereta kebas, duduk atas kerusi pon kebas. Kebas pada kaki kiri sahaja, mula-mula kebas bahagian bawah kaki lama-lama bawa kebas ke peha pula. Itu la simptom yang aku hadap sebelum datang sakit kejang-kejang pula.
Tapi kemuncak dia hari tu la. Makan ubat tak baik-baik juga..klinik Adham yang aku pergi untuk dapatkan rawatan permulaan tu, refer ke pakar pula. Dr pesan kalau makan ubat ni seminggu tak baik juga datang semula ke klinik dia..Dr suggest suruh buat MRI. Dr buat surat refer ke pakar.
Pastu dengan surat tu, aku jumpa pakar di KPJ Buat MRI, Hari yang sama aku pergi. hah! sah problem pada disc L4, L5, S1 tu punca dia. Dics tak lari, tapi salur dalam disc sempit dan mengecut. Nak sebut bahasa perubatan kita tak paham sangat. Kalau ada gambar/struktur kaki model tiruan senang nak tunjuk.
Nak cerita pengalaman MRI aku pertama kali. Prosedur dibuat selama lebih kurang 20 minit++. Masuk dalam terowong tu. Tak rasa sakit aku pon, cuma bunyi dia bising. trit..tritt..Bising pon still boleh tahan. Dulu waktu aku kerja kilang, perghhh kat kilang aku lagi bising bunyi dia. Setakat MRI ni, hmmmmm tak de apa la. Aku siap terlelap lagi dalam tu. Oh yang tak boleh gerak-gerak yang. Kalau kita bergerak result tak valid, so kena ulang balik prosedur dari awal. So aku gagahkan diri untuk baring diam-diam dalam tu dalam keadaan statik. Keras beb. hahaha..
So asbab benda ni(masalah pada L4, L5 dan S1), menyebabkan kena sciatic pain juga pada aku. Tulang belakang atau disc aku ok. Tak tergelincir, tapi salur dalam dics tu yang sempit dan makin mengecil.
So, Dr buat rawatan tulang belakang tembak laser/injet stemsel apa ntah katanya. Dia tak guna bahan lain. Ada Pakar/Dr lain guna bahan lain seperti stemcel tiruan, streroid dan lain-lain. (Case by case la) Macam kes aku Dr guna darah aku dia jadikan stemsel tembak kat ruang disc tu kasi longgar dan ada ruang. Dr kata ia lagi baik dan salur tu akan baik secara semula jadi dan kos tak tinggi sangat. Prosedur ini akan di buat di operation theatre nanti.
lagi satu Kalau guna stemcel luar atau lain selain darah sendiri mahal caj dia kata doktor. Baik guna darah badan sendiri.
Sebelum buat prosedur yang di sarankan oleh doktor, fisioterapis minta aku buat fisio juga, aku dipasangkan alat lilit satu badan tu dari dada ke punggung (Berbaring). Lepas alat tu di ON, rasa dia seperti tulang kita di tarik kuat-kuat, fisioterapis kata, kalau tak tahan sila tekan loceng. Tapi aku ok je, fisioterapis kata ia bertujuan untuk memperbetulkan posture tulang belakang aku. Prosedur berjalan dalam masa 15 minit.
Kemudian buat fisioterapi lain pula, aku kena meniarap, dipasangkan alat pada bahagian kaki, punggung yang sakit, ha ini sedap rasa dia macam ada sikit renjatan elektrik tapi tak sakit, rasa seperti di urut-urut. Prosedur berjalan dalam masa 30 minit. (alat ini dibekalkan kepada aku bawa balik rumah. Jenis portable punya guna kuasa bateri).
Selepas tu fisioterapi guna tuala panas, tekap pada bahagian kaki, peha dan punggung yang sakit. Prosedur berlaku dalam masa 15 minit.
Waktu sebelum prosedur tembak laser pula, darah aku diambil 4-5 botol besar yang injection tu. Ambil darah dari pelipat lengan. Sebaik dah ada pengalaman derma darah banyak kali. So boleh relax je la.. Kalau derma darah lagi banyak diambil. 1 beg kot. Chill.
Dr kata proses untuk laser tulang belakang aku ni tak lama, sekejap sahaja. Tapi aku rasa lama sebab tak sedar Dr tidurkan aku. Doktor masukkan ubat tidur ikut jarum yang dah sedia ada pada tangan aku tu yang di pasang waktu mula-mula warded seperti gambar di bawah:
Waktu aku masuk OT. Aku kena meniarap atas katil. Dia bagi oksigen letak kat hidung tu. Pastu tangan aku rasa sejuk. (Masuk ubat tido). Lepas tu..................tak ingat apa-apa dah.
Dari pukul 4 petang masuk OT, sedar-sedar dah ada dalam wad semula pukul 7.45 mlm. Aku lapar tengok depan katil ada makaroni. So aku bedal dulu. Lapar beb sebab puasa sejak pukul 12 tengah hari tak makan.π
Lepas makan, aku nak solat maghrib la kononnya. Tapi bila aku berdiri kepala pening, tekak loya macam nak muntah. So aku baring dan tertidur balik.
Nurse kata itu normal sebab kesan ubat tidur dan bius yang dia bagi waktu prosedur rawatan.
Burn aku punya solat asar dan maghrib.
Aku sedar semula pukul 10 malam. Baru ok. Aku bangun solat isyak dan ganti balik solat asar dan maghrib yang tertinggal tadi(Harap Allah ampunkan dosa aku sebab tinggalkan solat ni)
So aku kongsikan gambar-gambar yang doktor beri pada aku untuk menunjukkan prosedur yang telah dibuat.
Kelihatan ada jarum masuk cucuk sana dan cucuk sini. Boleh tengok gambar di bawah:
Lepas discaj aku balik rumah buka kesan tampal belakang badan, wife aku kata ada kesan cucuk jarum bila kira-kira lebih kurang 8++ juga kesan cucuk-cucuk jarum tu. boleh nampak kesannya..
So sekarang aku MC sampai 30 jun 2021. Duduk rumah. Makan ubat. Buat fisio sendiri(ada alat dibekalkan).
Laporan penuh sakit dan rawatan aku seperti di bawah. Kalau korang paham la:
Ini pula alat fisio dan ubat yang menjadi bekalan:
Alat support tulang belakang ni best pakai, rasa tegak je badan. Pon untuk betulkan posture tulang belakang:
Sekian, sedikit coretan dari aku. ππTerima kasih baca sampai abis. Sekali lagi aku bukan doktor, aku sekadar berkongsi pengalaman aku. Kalau salah term atau apa-apa boleh tegur dan betulkan.
Doakan aku guys, babai. jumpa lagi
Salam tuan , nak tanya pasal slipdics ni..bagaimana nak contact tuan
ReplyDeleteSalam tuan..nak tanya kos rawatan ni anggaran berapa ya.
ReplyDeleteSaya hari tu kena RM23k++ sebaik ada takaful. alhamdulillah
DeleteSalam lps bt operation tu baik ke
ReplyDeleteAlhamdulillah baik. boleh buat aktiviti sukan seperti biasa sekarang. harap terus sihat lah saya ni.
Delete