Saturday 10 July 2021

7 Sebab Aku Beralih ke Telco Yoodo

 


Salam sejahtera kepada semua pembaca di luar sana. Ramai tahu yang aku sebelum ni pernah share berkenaan telco yang aku guna iaitu Tune Talk. Boleh baca di

sini. https://abamjai.blogspot.com/2019/06/bertukar-daripada-telco-redone-ke-telco.html

So hampir-hampir 2 tahun aku bersama Tune Talk. Dalam artikel sebelum-sebelum ini aku ada share yang aku memang tak suka setia pada sesuatu telco. Kalau ada telco lain yang memberi manfaat lebih pada aku, so aku akan beralih terus. Ada 2 nombor anak aku memang aku register terus bawah Yoodo untuk anak aku. Dan 2 lagi nombor aku dan wife dalam proses port-out.

Tune Talk tiada masalah, servis tiptop dan perfect. Terima kasih tune talk kerana memberikan perkhidmatan terbaik selama ini.

Selepas kajian demi kajian dibuat akhirnya aku memilih untuk beralih arah ke Yoodo.

Hari ini aku hendak kongsi 7 sebab aku beralih ke telco Yoodo.

1. Coverage yang luas sebab dia guna coverage Celcom.

Sama seperti Tune Talk sebelum ini, coverage yang digunakan adalah Celcom. Pendek kata, di mana ada line Celcom, di situ ada line Yoodo. Tak silap aku Yoodo ini salah satu produk bawah Celcom. Ker anak syarikat Celcom ntah. Lebih kurang macam itu lah.


2. Simkad dia FREE.

Waktu aku apply Yoodo ia sangat mudah. Just buka website dia atau muat turun aplikasi Yoodo di telefon pintar, lepas tu sudah boleh terus buat pesanan. Pesanan (simkad FREE) akan dihantar segera menggunakan DHL. Pantas juga lah. Dalam beberapa hari aku dah dapat terima simkad.


3. Proses aktif simkad yang mudah dan pantas.

Hanya menggunakan aplikasi sahaja aku dah boleh aktifkan kad. Pilih nombor yang berkenan, buat pilihan pelan yang kita nak dan terus buat bayaran. 


4. Topup dan bayaran sangat mudah.

Juga boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi. Buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan elektronik, kita akan di bawa terus ke page bank pilihan masing-masing.


5. Boleh buat pilihan pelan yang pelbagai mengikut kesesuaian sendiri.

Ini paling aku suka. Aku boleh custom untuk anak-anak aku punya pelan. Setakat guna data untuk PDPR sekolah anak-anak aku, aku lihat paling sesuai adalah data 20GB. So aku pilih pelan ini dengan harga RM20. Internet hi-speed.


6. Pelan unlimited data 6mbps dengan hanya RM43

Ini pun aku paling suka. Setakat ini selepas aku risik-risik dengan semua telco yang ada di Malaysia Yoodo menawarkan pakej termurah. RM43 apa yang kita dapat?? Baiklah, kita akan dapat unlimited 6mbps tanpa FUP(fair up policy). Maksudnya guna la sampai lebam. Sesetengah telco ada FUP di mana setelah mencapai quota data tertentu, internet akan slow. Akan guna basic data sahaja. 

Tetapi ia tidak berlaku pada Yoodo. Kita dapat 6mbps tanpa had. Ya tanpa had, Tak tipu. 6mbps tu cukup dah untuk buka video youtube, FB, IG, Google meet dan lain-lain. Yang ko nak cari data sampai 100mbps laju-laju ko nak gi mana? Nak gi bulan ke? hihihi..Gurau-gurau. 

Macam aku cakap tadi la. Benda ni subjektif. Ikut keperluan masing-masing. Macam aku, 6mbps pun dah cukup setakat ini mengikut kepada keperluan aku. Kalau aku rasa nak laju, aku boleh add-on je dalam pelan sedia ada.

Selain itu kita dapat guna voice call sebanyak 100minit. Cukup la pada aku. Kita guna untuk keperluan kita kan. So kita tahu apa kehendak kita. Kalau ada telco bagi sampai unlimited call pon, cuba semak balik berapa kerap kita call orang?? Tepuk dada, tanya poket sendiri ya. 

Hotspot dibenarkan hanya 6gb. Which is, ok la dan sesuai dengan kehendak aku.


7. Pelan yang dipilih boleh di ubah-ubah ikut kesesuaikan dan keperluan kita sendiri.

Kalau rasa tak sesuai untuk bulan ini dengan pelan sedemikian, kita boleh tukar bulan hadapan ikut kesesuaian, nak data lebih ke, nak lebih hi speed data ke, nak sms lebih ke, nak call lebih ke semua tu kita boleh custom. Maksudnya ia memberi lebih kebebasan kepada kita untuk memilih.


Dashboard dalam aplikasi Yoodo


Nombor-nombor yang didaftarkan bawah IC kita akan dipaparkan di sini



Antara pelan yang ditawarkan

boleh pilih unlimited. Nak 3mbps atau 6mbps

boleh pilih nak hi-speed atau unlimited

Favorite pelan sedia ada yang ada untuk dipilih

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang aku nak share, korang boleh je google pasal review Yoodo ni. Banyak tulis yang best-best dan positif tau.

So kalau korang nak register guna referral/promo code aku ni (cycel4262) boleh klik link ini terus: https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=cycel4262

Korang akan dapat FREE tambahan 7GB data bila korang guna referral code aku kat atas tu sejurus korang aktifkan simkad korang. 

Ok sekali lagi jangan lupa ya,

register guna referral/promo code aku ni (cycel4262) boleh klik link ini terus: https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=cycel4262

So? Selamat beralih arah. Jumpa lagi. Babai

 


Update terkini pada 30/10/2021
=====================

Setelah hampir 3 bulan aku bersama yoodo buat masa ini aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di tawarkan. Line tiada masalah, liputan luas, internet yang diberikan juga sangat pantas.(langgan 20GB data = RM20 Memang berbaloi. Laju dia memang tidak boleh bawak bincang. Biasa kalau aku buat speed test di kawasan rumah aku ni mesti lebih dari 50mbps punya.


Yoodo


So aku nak tambah sebab ke 8 pula kenapa aku suka yoodo ni.



8. Pelan diperbaharui secara automatik.

Andai kata anda memilih pelan data 20GB, anda ada pilihan sama ada ingin renew/ perbaharui secara manual atau secara automatik. Macam aku, aku suka memilih renewal secara automatik. Tau-tau cukup tempoh masa pusingan (sebulan) pelan kita direnew. Lebih menarik lagi aku linkkan kad kredit aku dalam apps yoodo ni. Memang mudah kerja aku. Walaupun ini pelan prepaid, tapi aku rasa macam aku dah pakai line telefon je macam sebelum-sebelum ini.

Ok cukup update setakat ini. Nanti kalau ada apa-apa lagi idea aku sambung je update di sini. 

jangan lupa ya,

register guna referral/promo code aku ni (cycel4262) boleh klik link ini terus: https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=cycel4262 dan..., yess Korang akan dapat FREE tambahan 7GB data.


Update terkini pada 27/10/2022
=====================

Yeah!! sekarang telah lebih dari 1 tahun aku gunakan perkhidmatan yoodo ini. Sangat terbaik dan recommended. Telah ramai orang beralih kepada yoodo ini sebab kita boleh custom pelan apa yang kita nak langgan ikut kesesuaian keperluan kita.

Sekarang interface apps dia pon dah lain. Tak macam dulu. Biasa lah, mesti ada penambahbaikan dari apps lama.


Yoodo terbaik


Yoodo terbaik



Pada aku, line dia superb. Pergi mana-mana kalau kita check coverage data dia memang laju. Pergi la mana-mana pon. Kawasan bandar, luar bandar. Aku balik kampung aku pon di Gemas tu sangat laju line internet dia. Ya la, guna line Celcom.

Setakat aku guna tak pernah ada masalah pada line dia. Ok sahaja perfect.

Insyaallah aku akan terus menyokong Yoodo ini. 



Jom register guna referral/promo code aku ni (cycel4262) boleh klik link ini terus: https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=cycel4262 dan...,

yess 
Korang akan dapat FREE tambahan 7GB data.


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget