Saturday 18 August 2018

Membongkar Rahsia di Kampung Sedili Besar





Salam sejahtera kepada pembaca blog saya sekalian. Telah lama saya tidak update blog saya ni.

Tak pe la..ni dah tiba-tiba rajin..saya update lah.

Ceritanya begini..asalnya saya ke Kg Sedili besar ini adalah nak cari tempat makanan yang celup-celup tu..Tengok kawan saya pergi situ macam best pula.
Saya pon call la kawan saya bila dah sampai Sedili dan tanya kat mana lokasi yang tepat tempat makan tu..Katanya cari Sekolah Kebangsaan Sedili. Kedai makan tu betul-betul depan sekolah.

Ini lah gambar tempat makan yang saya nak pergi tu..Saya ambil dari FB sahabat saya Hj Mohammad Syahrin. Hj saya pinjam gambar ya. 



Credit to Hj Mohammad Syahrin

Credit to Hj Mohammad Syahrin

Credit to Hj Mohammad Syahrin
Tapi, tapi..huhuhu..tidak ada rekzi kami..Waktu kami sampai ke sana..tutup la pula kedai tu..So apa lagi, saya nampak ada kedai depan tu..Kedai terapung macam best. 

Apa lagi saya anak beranak pon cuba lah pergi makan ke kedai tu. Kebetulan kami sedang lapar. Dan kebetulan pula kami masuk dan menu di kedai tu ada masakan ikan masak asam pedas sahaja..Dapat la kami mengubati rindu kepada negeri tinggalan kami sebelum ini iaitu Melaka.






Di atas tu adalah permandangannya...Sangat cantik dan mendamaikan..angin laut sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kami order asam pedas ikan tenggiri RM10 sepotong dan asam pedas ikan kembung sekor RM7. Berbaloi. Sedap beb..Terasa ikan yang digunakan adalah ikan segar. Tak rugi datang kesini walaupun niat asal untuk makan makanan lain. 


Serius sedap..cubalah ya.



Lepas makan kami layan anak-main main playground kat depan kedai makan tu..Menikmati suasana kampung orang. Aman damai angin laut sejuk sepoi-sepoi bahasa.Kampung sendiri jauh. Terpaksa tumpang kampung orang. Apa nak buat kan. hehehe..




Sempat juga kami ambil gambar sambil layan matahari terbenam nun di celah-celah pokok sana.






ni adalah kedai jual ikan segar. kami tengok dari jauh je..tak masuk pon



Serius la best kg ni. Rasa macam tak nak balik plak. Sebelum kami balik, kami sempat solat maghrib di masjid kg sedili besar. cantik masjidnya.




Terima kasih kg sedili besar atas suasana dan pengalaman yang bermakna ini. Walaupun kami tak pusing satu kampung, kami dapat rasakan keseronokan apabila tinggal di sini. Di sini ada juga saya ternampak resort dan homestay kalau ada anda di luar sana yang ingin bermalam. Kami ni balik hari je..Rumah kami dekat je nun kat Bandar Penawar.

Babai





================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget