Saturday 25 August 2018

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi


Selepas check out Hotel Mahkota, kami anak beranak pergi makan tengah hari di dalam kawasan Melaka juga. Dah sampai Melaka ni kan? So wajib untuk aku cari tempat makan yang best sebagai pengubat rindu aku kepada Melaka yang mana aku juga pernah bermastautin di sana suatu masa dahulu. 

Usai mengisi perut kami meluncur terus ke
Muar ikut lebuh AMJ. Memang hajat kami untuk pergi bawa anak melihat taman dinasor Muar yang telah menjadi bualan ramai masyarakat sejak 2016 lagi. Mengikut portal Astro Awani  ia dibuka sejak Julai 2016.

Nama spesific tempat ini adalah Don Hu Jurassic Park Garden.

Bayangkanlah, baru Ogos 2018 kami berkesempatan melawat taman dinasor ini. Takpe, biarkan lambat asalkan sampai juga ke sini.

Masuk taman dinasor ini masih FREE. Baik betul owner dia kan? Tapi pada aku ini adalah strategi perniagaan dia. 



Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Aku tak pasti ada berapa replika dinasor yang dipamerkan. Aku tak kira pula. Tapi rasanya lebih dari 20 ekor kot. 

Seronok dan puas hati. Macam biasa ayat aku. Anak seronok, ibu dan ayah pun seronok.

Ada sesuatu yang kami dapat. Ya dapat la kenal serba sedikit tentang jenis-jenis dinasor yang wujud. 

Kalau korang perasan gambar di atas tersebut anak aku sedang pegang plastik warna oren kan? Ha itulah hasil tangkapan kami. Jap aku bagi gambar dekat sikit.


Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Anak-anak aku dengan hasil tangkapan mereka. Ada mainan yang murah ada yang mahal. So korang ikut lah mana yang mampu ya. Ikut budget korang la nak beli yang mana.

Ini yang aku kata tadi. Strategi perniagaan mereka. Mereka bagi FREE untuk tarik pengunjung. Bagus..Dan pengunjung yang keluar aku tengok memang tidak dengan tangan kosong.


Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi
test mainan dulu sebelum bayar.


Kita win-win la..Kita bantu owner dengan membeli produk jualan, owner pula bantu pengunjung sebab menyediakan fasiliti yang aku kira sangat baik dan berinformasi.



Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Gambar diatas tu adalah waktu aku tengah lihat persembahan dinasor. Dinasor tu bergerak, terbang dan ada bunyi suara. Boleh la. Menghiburkan juga. 

Ohh lupa nak cakap pasal ada mainan dinasor yang boleh kita tunggang. Yang ini kena bayaran. Lupa nak ambil gambar. Depan pintu masuk pula ada kolam dan ada macam pelampung terapung tu. Kita boleh naik dengan bayaran juga. 

Lepas puas berjalan kami nak balik dah, so aku beli kopi untuk ubat mengantuk meneruskan memandu hingga ke Bandar Penawar


Taman Dinasor Di Muar Wajib Pergi

Ok dah siap semua dan anak-anak pun dah dapat apa yang mereka nak. Jommm kita pulang...wroommmmm......

Babai.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget