Wednesday, 9 May 2018

Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka

Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka


Tanggal 9 Mei 2018 merupakan detik bersejarah untuk pertama kalinya pengalaman wife aku mengundi. Aku telah mengundi buat kali ke-3 bagi PRU ke-14 ini. Sebelum-sebelum ini wife aku alamat dia di Sungai Petani. Memang tak balik la zaman tu untuk mengundi.. Jauh sangat tu. Alamat pendaftaran kami suami isteri adalah
di Melaka untuk PRU ke-14 kali ini.

Sebab tu wife aku teruja mengundi pertama kali dalam hidup dia.

Melaka adalah alamat yang terakhir kami dalam kad pengenalan sebelum kami berpindah ke Johor. Kami tiada siapa-siapa di Melaka. Rumah kami pula ada penyewa.

Kebetulan aku riki-riki Agoda dapat pula rate murah RM 132.94. Gila murah. Siap dengan sarapan untuk dua orang. Anak bawah 6 tahun sarapan percuma. 


Tempat mandi kolam juga luas dan ada pool anak-anak untuk bermain yang sangat luas..Tanpa fikir panjang aku book hotel ni. 

Murah sebab aku ambil bilik untuk 2 orang sebenarnya. Tapi luas dan selesa la biliknya. Anak-anak macam biasa kami bawa toto, bantal dan selimut dari rumah.

Ini semua duit sendiri ya. Takde kaitan dengan mana-mana parti politik. Tapi demi memilih kerajaan untuk negara yang tercinta ini kami sanggup turun dari Johor untuk membuang undi. Semua kos kami tanggung sendiri. Hidup Malaysia!! Ehh semangat plak kali ni.

Berbalik kepada resort ini, sebenarnya tak silap aku nama lama hotel ini adalah hotel puteri kalau tak silap. Setelah dibuat beberapa renovasi dan diambil alih oleh syarikat lain ia diberi nama Amverton Heritage Resort.

Pada aku sangat berbaloi dengan harga. Anak-anak aku suka sangat menginap di hotel ini. Orang pun tak ramai. Puas mandi. Ibarat kolam tu anak-anak aku yang punya..Aku bagi lima bintang untuk penginapan kali ini.


Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka

Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka
waktu sarapan

Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka

Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka


Bermalam di Amverton Heritage Resort Melaka



Tengok gambar diatas. Jelas tergambar anak-anak aku sangat seronok. Ok itu je nak cerita pasal hotel ini. 

Lepas check out. Kami pergi ke pusat membuang undi. Ramainya orang. Kami angkut semua anak-anak pergi membuang undi.

Strategi kami, wife beratur di depan dan dia keluar dulu pegi daftar. Selang 30 minit aku pula pergi. Nak cari parking pon susah.


Mengundi di Melaka
So ini lah hasilnya..Kami main lambai-lambai untuk hilangkan bosan. Wife lambai aku..aku lambai wife. Itu je hiburan yang ada sepanjang beratur sehingga ke tempat membuang undi.


Mengundi di Melaka

OK done memilih.. Babai 

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget