Pages

Monday, 31 December 2018

Apa itu kewangan korporat? (Corporate Finance)

Apa itu kewangan korporat? (Corporate Finance)
Sumber: http://assignmentstudio.net/introduction-corporate-finance-assignments/
Selamat pagi kepada pembaca blog saya sekalian. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi berkenaan bab ini setelah di dapati tidak ramai blogger menulis berkenaan kewangan korporat ini. Dengar agak skema kan?,  akan tetapi sesuatu yang patut kita tahu sebenarnya. Serius ia sesuatu yang menarik jika kita minat. 


Hari ni secara rasminya saya akan mengajar subjek Kewangan Korporat atau lebih tepat lagi adalah Fundamentals of Corporat Finance. Ya, mesti lah English. Sebab di tempat saya mengajar ini bahasa penghantar adalah Bahasa Inggeris.


Tapi insyaallah saya akan menulis dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan kefahaman pembaca. Di luar sana saya lihat, banyak buku-buku rata-rata adalah dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh dapatkannya jika berminat. Doakan saya konsisten berkongsi dengan pembaca semua berkenaan Kewangan Korporat ini.

Di sini, saya mengajar menggunakan buku bertajuk Corporate Finance Fundamentals yang di tulis oleh Stephen A. Ross, Randolph W. Westerfield dan Bradford D. Jordan sebagai panduan saya. Buku ini di terbitkan oleh McGraw-Hill.


Sebenarnya apa itu kewangan korporat??

Ok, macam ini, kalau kita nak tahu terperinci berkenaan dengan kewangan korporat ia sesuatu yang panjang. Bukan boleh belajar dalam tempoh yang singkat. Sebagai permulaan untuk kita faham, cukup kita mendefinasikan terlebih dahulu apa itu kewangan korporat. 


Menurut buku Corporate Finance Fundamentals yang di tulis oleh Stephen A. Ross, Randolph W. Westerfield dan Bradford D. Jordan, ibarat kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, kita bayangkan sekarang yang kita akan memulakan suatu perniagaan. Ok sudah bayangkan?

Kemudian cuba kita fikir:

1) Berapa lama kita hendak membuat sesuatu pelaburan jangka panjang terhadap perniagaan kita itu? Apakah laluan perniagaan atau bidang perniagaan yang kita akan ceburi? Apakah bangunan atau premis yang kita akan gunakan? Ada tak mesin-mesin atau peralatan yang kita hendak gunakan? Semua persoalan ini kita kena tanya pada diri kita.

2) Di mana kita hendak mendapatkan sumber kewangan perniagaan kita bagi menampung pelaburan jangka panjang kita? Adakah kita akan mencari pemilik lain untuk sama-sama membuat pelaburan? Atau adakah kita boleh pinjam duit daripada sesiapa bagi menampung pelaburan kita?

3) Bagaimana kita hendak menguruskan aktiviti kewangan harian kita? Bagaimana kita hendak membayar kepada pembekal? Bagaimana kita hendak mengutip duit kepada pelanggan kita?

Sebenarnya ada banyak lagi persoalan yang perlu kita jawab apabila kita membuka sesuatu perniagaan. Cuma persoalan-persoalan di atas merupakan persoalan yang terpenting yang perlu diambil berat.

Jadi kalau anda hendak tau apa itu kewangan korporat, kewangan korporat adalah sesuatu pembelajaran atau pengajian yang akan kita belajar bagi menjawab semua persoalan-persoalan di atas. Semua persoalan di atas tu ada kaitan dengan kewangan korporat.

Akan ada banyak alat atau kaedah untuk kita menjawab soalan-soalan di atas. Kita akan bertemu di lain entry untuk lebih faham. Itu pon jika saya rajin menulis. Doakan saya ya. insyaallah..

Bersambung di sini..


Sekian.











================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment