Pages

Wednesday, 26 December 2018

5 cara MUDAH mendapat idea untuk menulis

5 Cara mendapat idea untuk menulis



Selamat sejahtera semua.

Hari ni aku nak menulis berkenaan bagaimana aku dapat idea untuk menulis. Tidak kira lah sama ada untuk menulis di blog ini atau menulis status atau berkongsi cerita di facebook.

Memang tidak dapat di nafikan untuk menulis ini bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang nak

tulis status kita di FB pon kita tak tahu. Betul tak?

Aku bukanlah pakar dalam bab penulisan ni. Masih belajar dan terus belajar. Ramai sahaja pakar penulisan di luar sana. Akan tetapi aku merasakan tidak salah untuk aku menulis entry ini.

Jadi aku kongsikan cara aku mendapat idea menulis berdasarkan pengalaman diri aku sendiri seperti di bawah:

1) Banyak berjalan dan bersiar-siar.

Idea untuk menulis aku biasanya akan datang apabila aku berjalan dan bersiar-siar. Orang macam aku suka berkongsi sudah pasti akan ada sahaja perkara yang ingin di tulis selepas melawat sesuatu tempat atau kawasan. 

Biasanya aku akan ceritakan pengalaman berkenaan sesuatu tempat sama ada positif atau negatif. Tapi biasanya aku akan fokus kepada yang positif untuk panduan pembaca blog aku.

2) Membaca buku.
Ini pon salah satu punca dapat idea. Bukan la kita mencedok bulat-bulat ayat dalam buku tersebut, sebaliknya kita dapat idea dan kita tulis atau olah dalam bentuk yang lain mengikut ayat kita sendiri. 


Contohnya aku ada baca buku bertajuk "tips menjadi individu menarik" karangan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan & Ahmad Naim Jaafar. Selesai membaca aku dapat idea dan aku boleh kaitkan dengan kehidupan aku yang sebenar. Nak lihat contoh artikel aku apabila mendapat idea setelah membaca buku boleh baca dan klik sini ya. Dengan baca buku boleh tercetus idea lain untuk menulis. 

Dalam buku tu kata kena menulis untuk menajamkan otak. So terus aku dapat idea untuk menulis. Nampak??Walaupun apa yang aku tulis tu macam mengarut tapi sekurang-kurangnya aku menulis.

3) Pemerhatian dan pengalaman kehidupan
Kadang-kadang aku juga mendapat idea menulis daripada pemerhatian aku sehari-harian. Perhati tentang kehidupan, anak-anak, jiran-jiran, sewaktu bekerja, pemerhatian sewaktu memandu dan lain-lain.

4) Pertanyaan kawan-kawan.

Ini pon akan menjadi punca aku untuk menulis. Kadang-kadang ada kawan bertanya tentang sesuatu hal. Jadi apa yang aku buat adalah, tulis. Ya.tulis lah..Sekurang-kurangnya dapat juga menambah koleksi penulisan aku ni. 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya ya. Contoh artikel aku bagaimana dapat idea menulis setelah kawan bertanya boleh klik sini.

5) Isu-isu semasa
Dulu aku masih ingat waktu aku nak tulis blog, ada isu berkenaan pemandu teksi dan masa tu ada apps Uber baru nak "up" di kawasan Melaka. Jadi terus aku dapat idea untuk menulis waktu tu kononnya nak beri informasi kepada pembaca blog la. 

Boleh lihat contoh artikel aku tulis hasil daripada isu semasa yang tengah hot.  Tapi sewaktu aku menulis artikel ini Uber sudah tiada. Ia telah di beli oleh Grab pada March 2018 yang lalu.

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah nak menulis ni tidak susah sebenarnya. Asalkan kita minat untuk menulis dan berkongsi. Aku setuju dengan buku yang aku baca sebelum ini 
"tips menjadi individu menarik" muka surat 209, katanya "penulisan adalah satu aktiviti berfikir secara serius dan tersusun. 

Ia adalah latihan berfikir selain daripada membaca dan berbicara"

Ayat mudah aku.. nak tajamkan otak, kita kena menulis..yezzaaa..ok babai.








================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/



1 comment: