Pages

Wednesday, 26 December 2018

Keindahan Tersembunyi di Pantai Batu Layar

Bersantai di Pantai Batu Layar.


Hai. Bertemu lagi kita dalam entry yang seterusnya berkenaan dengan pengalaman aku bersiar dan bermandi manda di pantai Batu Layar. Baru aku perasan yang aku tidak pernah menulis tentang pantai Batu Layar ini walaupun aku dah tak terkira berapa kali aku ke sini. Kalau tak silap aku lebih dari 10 kali.

Rugi aku rasa kalau tak menulis tentang

keindahan pantai Batu Layar ni. Tak ramai sebenarnya orang tahu akan tempat ini. So tujuan aku tulis untuk memberi info kepada mereka-mereka yang tak tahu.

Sebelum itu, jika anda ingin membaca entry yang aku tulis berkenaan mandi-manda di Pantai Batu Layar boleh klik sini ya.

Ok jom sambung tulis..

Pantai Batu Layar dari rumah aku di Bandar Penawar sekitar 18 KM iaitu sekitar 18 minit memandu dari Bandar Penawar.



Bersantai di Pantai Batu Layar.
Kedudukan pantai Batu Layar. Gambar di ambil daripada http://aznanie.blogspot.com/2011/09/mandi-manda-kat-pantai-batu-layar.html
Kalau ada yang bertanya pantai mana lagi best antara Tanjung Balau, Desaru atau Batu Layar??? Aku akan cakap pantai Batu Layar paling best dan cantik.
 

Biasanya aku pergi sini ombak dia tak la setinggi pantai Tg Balau atau Desaru. Keadaan pantai juga landai dan berbatu. Tapi macam aku yang dah selalu pergi ni memang aku dah tau sangat kat mana port mandi yang best dan kurang batu. 

Lagi satu kita kena tengok ombak juga. Kalau kita dah biasa pergi ke laut, kita boleh rasa dan tau waktu yang sesuai untuk mandi. Musim tengkujuh pon aku mandi. 

Untuk pengetahuan semua memang la musim tengkujuh, tapi bukan sepanjang hari dari awal November- akhir Februari tu ombak tinggi dan tak selamat untuk mandi. Ada hari-hari tertentu selamat untuk mandi. 

Keadaan ombak memang malu-malu untuk menghempas pantai. So ambil la kesempatan untuk mandi. Kadang-kadang aku tengok langit dari Bandar Penawar ni je aku dah boleh agak keadaan laut di Batu Layar tu macam mana..Chewahh..haahaha..

Gambar terbaru yang aku ambil sewaktu berkunjung ke pantai Batu Layar semalam. Semalam bawa khemah. Waktu semalam hujan. Merasalah wife aku duduk dalam khemah waktu hujan. Aku dan anak-anak mandi hujan semalam.



Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 26/12/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 26/12/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 26/12/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 26/12/2018
Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 20/11/2018

ok kejap ya..aku nak korek gambar-gambar lama kejap untuk aku papar di blog ini sebagai bukti pantai Batu Layar ni memang cantik dan indah.


Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 15/9/2018- Ha ni paling rare. aku tengah marking paper tepi laut.


Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 9/9/2018


Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 2/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 2/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 2/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 2/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 2/9/2018
Ada lagi ni ha..kejap ya..Banyak rupanya kenangan aku kat pantai Batu Layar ni rupanya. Waktu ni datang tak mandi. Hanya untuk makan tengah hari tepi pantai sahaja. 

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 1/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 1/9/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 1/9/2018

Ini pula gambar pada 21 Julai 2018. Tak mandi. Waktu ni saja jalan-jalan makan angin je


Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 21/7/2018

Bersantai di Pantai Batu Layar.
Batu Layar 21/7/2018
Ada banyak lagi gambar sebenarnya..Tapi cukup la tu bukti yang menunjukkan keindahan pantai Batu Layar ni.

Pantai Batu Layar ni panjang lebih kurang kalau tak silap aku 1 km juga kot. Korang boleh bawa keta lalu tepi pantai. Pantai di sini ada yang milik persendirian dan ada yang bukan. 


Tanah milik persendirian tu biasanya mereka pagar kawasan tu. So, kalau nak parking area situ memang kena caj parking la. Dan biasanya ada juga tempat mandi di sediakan. Nak mandi bilas sudah tentu kena bayaran ya.

Macam aku yang biasa pergi ni aku akan cari mana-mana kawasan bukan milik persendirian. Kawasan tu parking free korang bebas nak pasang khemah atau bentang tikar dan sebagainya. 


Kalau nak mandi bilas-bilas badan aku bawa air dalam botol besar tu buat bilas-bilas badan. Settle masalah tak perlu bayar apa-apa.

Di sini juga ada di sediakan resort untuk siapa-siapa yang ingin menginap. Tapi kalau pergi waktu cuti hujung minggu dan cuti umum kawasan Batu Layar ni memang ramai pengunjung. 


Kalau pergi hari biasa kawasan ini sangat sunyi sepi. Korang akan terasa macam tempat ini korang yang punya. Serius beb.

Ok lah sekian sahaja perkongsian aku. Harapan aku korang semua akan enjoy bersantai di sini dan semoga kita di lindungi olehNya. Jangan suka sangat sampai lupa dunia dan sampai tak solat. Solat tepi pantai lagi kusyuk. 


Tak percaya? Ha..cuba lah.








================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment