Pages

Thursday, 24 January 2019

4 Kesan Buruk Kepada Anak Yang Menonton Televisyen Berlebihan

pukul 6.30 pagi anakku menonton rancangan tanyalah ustaz tv3. Biasanya waktu begini mereka menonton kartun sebelum ke sekolah. Ada perubahan yang positif di situ.


Untuk entry kali ni saya mulakan dengan petikan kata-kata daripada seorang ustaz seperti dibawah:

"Sepatutnya kita sebagai ibu bapa perkenalkan anak-anak dengan Allah dahulu. Bukan Doremon, Ultramen dan lain-lain". 

-Ustaz Amran, tanyalah ustaz tv3, 24/1/2019-


=========

Alhamdulillah langkah

saya tepat dengan penamatan langganan asterokkk..Hari ini adalah hari kedua tanpa asterok..Tiada lagi channel kartun 24 jam. Channel 612 tu.

Saya percaya setiap anak tidak sama. Ada yang kecenderungan dia untuk menonton televisyen tinggi dan ada yang kurang minat untuk menonton televisyen.

Puas rasanya hati saya ni. Hahaha..padan muka anak-anak saya tu. Akhirnya kartun hanya ada pada hari-hari tertentu sahaja. Ayah dan ibu tak tahu nak buat apa lagi. Ini lah cara terakhir ya..

Smartphone saya berjaya jauhkan dari anak-anak sejak kecil..Smartphone digunakan waktu di kampung sahaja rumah nenek.


Minda anak-anak berjaya dipasakkan yang internet hanya ada di rumah nenek di kampung. Sebab di sana ada router wifi. Bila berkumpul sepupu sepapat mereka akan main smartphone menggunakan smartphone saya dan isteri. 

Di rumah sendiri anak tidak ada smartphone dan saya suami isteri pon jarang bermain smartphone depan anak-anak. Kalau ada pon kami curi-curi main hp sendiri. hehehe..

Kesan buruk yang saya nampak apabila anak-anak kerap menonton televisyen ini adalah:


1. Bahasa mereka menjadi agak kasar
2. Leka, solat diabaikan dan pelajaran diabaikan
3. Berat badan bertambah, yang mereka tahu kartun..kartun..kartun..(makan sambil menonton televisyen telah menjadi habit)
4. Paling malang. saya perasan pencapaikan akademik mereka merosot.

Mungkin saya terlalu berlembut dengan anak-anak dengan membenarkan mereka menonton televisyen akhirnya kita sebagai ayah dan ibu juga akan sakit kepala memikirkan anak-anak ni.

Saya hendak membuat seperti mana saya kecil-kecil dahulu..TV hanya di tonton pada hari Sabtu atau Ahad kerana waktu tu sahaja yang ada rancangan kartun. Dulu rancangan mula pukul 4.30 petang..


Saya masih ingat..hahaha..Yang tengok TV hanya mak dan ayah saya sahaja..Kita masih kecil dan kanak-kanak riang ni tak minat menonton rancangan TV. Kita hanya fokus untuk main..main..main..Sebab tu saya sihat dan kurus.

Biarlah apa pon orang kata yang penting saya tahu apa yang saya buat betul dan demi untuk kepentingan anak-anak. No more 24 hours cartoon..

Yer lah, channel yang ada sekarang guna myfreeview TV1, TV2, TV3, TV7, al-hijrah dan lain-lain lagi. Rancangan kartun tu bukan lagi 24 jam. Hanya pada waktu tertentu sahaja. Senang kami suami isteri yang pantau.  


Saya ada memaklumkan kepada anak saya..nak pasang asterokk boleh..tapi pastikan dapatkan UPSR 6A terlebih dahulu..So sekarang dia darjah 4. Lambat lagi tu..Harap waktu tu asterok dah bagi FREE semua channel la..Insyalllah waktu tu anak pon dan masuk asrama. hehehe..


Bertindak lah wahai ibubapa sekalian. Saya dah nampak kesan buruk televisyen ni kepada anak-anak sendiri. Smartphone, tablet tak mau komen sebab mereka takde benda tu. Bercakap atas pengalaman.


Sekian, sekadar berkongsi..Moga rebih ramai lagi ibubapa mengikuti jejak langkah kami



================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment