Pages

Wednesday, 23 January 2019

4 Tips Penting Menjadi Pemimpin Disegani

sumber gambar: https://tinyurl.com/y8llgy8m


Penulis Barat terkenal John C. Maxwell dalam bukunya yang bertajuk The 21 Most Powerful Minutes In A Leader's Day telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh diikuti oleh pemimpin apabila bekerja dengan manusia.

Ini merupakan pandangan mereka dari sudut Barat yang saya fikir tidak salah untuk kita ambil iktibar.

Apabila saya

membaca buku ini saya selalu membandingkan sifat yang dinyatakan dalam buku ini dan membayangkan idola dalam kepimpinan saya sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Kenapa saya membayangkan demikian? Sebab saya merasakan dan percaya semuanya dinyatakan dalam buku itu telah ada pada diri Rasullullah S.A.W terlebih dahulu. 


Akhlak Rasullulah S.A.W dalam memimpin tetap terbaik dan patut dicontohi merentasi masa dan zaman. Kekal relevan hingga sekarang.

Apakah tips tersebut dan saya katakan ia sama dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W?. Ciri tersebut seperti di bawah:

1. Bersederhana

Sentiasalah bersederhana dalam apa jua perkara. Pemimpin perlu memastikan setiap perkara yang dibuat akan mengutamakan kepentingan pengikut. Usah kita berlebih-lebihan daripada pengikut kita. 

Seelok-eloknya pemimpin harus duduk dan berdiri sama tinggi dengan pengikut supaya tidak timbul jurang besar antara pemimpin dan yang dipimpin. Dalam masyarakat kita ia dipanggil "pemimpin berjiwa rakyat".

2. Penglibatan    

Pemimpin perlu libatkan pandangan daripada setiap orang yang berhak memberi pandangan juga lebih-lebih lagi pengikutnya. Ini kerana mereka akan rasa seperti dihargai apabila kita mengambil pendapat mereka. 

Kita bekerja sama-sama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.

3. Motivasi

Motivasi manusia berbeza-beza antara orang perorangan. Motivasi juga berbeza dari hari ke hari. Pemimpin perlu bijak mengenal pasti apakah yang boleh memberi motivasi kepada orang yang dipimpin. 

Kadang-kadang kata-kata juga boleh menjadi lonjakan motivasi yang baik untuk pengikut kita. Jadi, sentiasalah memberi kata-kata perangsang kepada pengikut kita.

4. Mengagihkan tugasan
Apabila membuat sesuatu tugasan atau perkara, pemimpin perlu bijak dalam mengagihkan tugasan secara adil dan saksama. Jangan melabel orang itu boleh buat kerja, orang ini tidak boleh buat kerja. 

Sebaliknya, berfikiran terbuka dan libatkan semua orang untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Sifat kita suka memberi tugasan kepada orang-orang tertentu sahaja akan merosakkan organisasi dan menjejaskan kredibiliti kita juga sebagai pemimpin.

Tuntasnya, dalam menjadi seorang pemimpin yang disegani bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. 

Lihat kepada pemimpin-pemimpin agong terdahulu yang boleh kita contohi. Kaji bagaimana sifat dan akhlak mereka untuk kita ikuti.

Insyaallah sekian saya perkongsian saya. Jumpa di entry akan datang..






================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment