Pages

Tuesday, 22 January 2019

Mencari Kisah Viral di Paya Biru Felda Lok Heng

Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng

Semalam hari Isnin sempena cuti Thaipusam aku ke Kota Tinggi. Balik dari Kota, aku lalu jalan area Mawai.

Selepas itu sudah tentu akan melalui juga kawasan Felda Lok Heng ni. Aku macam terlintas dalam kepala. Dulu macam pernah viral cerita pasal Paya Biru ni.

Tanpa dirancang, sengaja aku melencong masuk ke

Felda Lok Heng ni. Aku kan orang felda. Bila masuk felda ni hilanglah sedikit kerinduan kepada kampung halaman aku yang tertetak di Felda juga area Gemas sana tu.

Lagi pon dapatlah isteri dan anak aku merasai masuk ke kawasan ladang kelapa sawit. 

Masuk ke sini aku guna waze sehingga sampai ke hujung masih lagi tak jumpa tempat ini. Yang pasti aku telah melalui kawasan tanah merah. Nasib baik tak hujan, kalau tak mesti becak sana sini dan jalan licin.

Siapa orang Felda dia tahu la macam mana keadaan jalan dalam ladang kelapa sawit.


Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng
anak aku bukan main seronok lagi

Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng
seronok lah dia tu


Sampai di kawasan tanah merah ni aku cuak juga, tak tau keadaaan jalan dia macam mana. Bila google jumpa gambar Paya Biru ni dan kelihatan banyak kereta parking tepi-tepi sungai tu. Keyakinan aku makin bertambah.
 

Lepas tu terjumpa orang felda sini. Aku pon bertanya. Mereka memberi direction. Katanya terus..Simpang pertama terus..simpang kedua abang masuk kanan. 

Aku ikut sahaja arahan tu. Aku juga bertanya kereta boleh bawa masuk tak? Untuk kepastian je..Jawabnya boleh. Adalah lebih kurang dalam 1.5 ke 2 km jarak untuk sampai ke Paya Biru ni.

Akhirnya jumpa juga. hahaha..


Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng

Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng


Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng
anak-anak suka memanjat pondok ni.

Masa aku sampai ni ada satu family dari Pasir Gudang sedang bermandi mandadi sini. Pandangan aku kawasan ni tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kurang selamat. 

Kawasan tengah sungai ni, terpapar di papan tanda kedalaman melebihi 12 kaki.

Aku tak mandi pon. Saja je hendak melawat kawasan. Tak buat apa pon. Baju pon tak bawa.

Air waktu aku datang ni macam keruh je. Tak biru macam dalam FB yang telah viral tu. Mungkin waktu aku sampai ni dah petang jadi air dia sedikit keruh. Tak pasti lah kenapa.

Lepas tu aku pergi tunjuk pada anak aku pasal pokok sawit dan buah sawit. Belajar sedikit tentang selok belok produk komoditi kebanggaan rakyat Malaysia.
Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng
belajar selok belok komoditi Malaysia


Pesanan aku kalau nak ke sini pastikan bukan waktu hujan. Nanti pasti jalan licin dan berlecak. Kotor pula kereta nanti. Mana-mana kereta yang "lowered" tu lupakanlah nak masuk kawasan ladang sawit ni. 


Kang tak pasal-pasal sangkut. Kalau kereta standard macam aku ni..haaa.. ok boleh je masuk. Syok sebenarnya memandu melalui jalan ladang kelapa sawit ni.

Tak caya? cuba lah..

Sekian, Sekadar berkongsi.





================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment