Thursday, 31 January 2019

Belajar Sesuatu Dari Rakyat Pakistan




Allah hantar Muhammad Irfan ini untuk bertemu denganku berbual dan bertukar-tukar cerita. Tak sangka betol.

Dia menyapa aku terlebih dahulu...You ustaz ke??


Aku balas. Ehhh bukan..

Nampak macam ustaz katanya. 


Aku balas..U pon macam ustaz. Dia balas..Ehhh saya pon bukan ustaz..

Kami sama-sama ketawa kecil. Haha..

Tapi dari

cara dia cakap, doa, siap sebut sunnah itu ini bagai aku ingatkan dia ustaz.

Beliau dari Pakistan. Adzad Kasmir..(Tak pasti ejaan dia macam mana). Lupa nak tanya dia ejaan dia macam mana tadi.

Inilah pertama kali bertemu. Walaupun pertama kali bertemu tapi perasaan dan naluri tu dekat. Macam sedara pula rasanya. Hahaha..Sebab dia boleh berbahasa Inggeris pada mulanya dia menyapa aku.


Lepas tu dia cakap Melayu. Laaa pandai cakap melayu rupanya.. Bila dah tau dia pandai cakap melayu tu yang rasa macam sedara tu.

Irfan dah tinggal di Malaysia hampir 9 tahun. Patutlah fasih berbahasa melayu.

Beliau cerita tentang kehidupannya dan keluarganya di Pakistan sana sedang kesejukan. Beliau berhasrat membeli selimut untuk kegunaan anak-anak dan keluarganya di Pakistan. Sedihnya aku rasa.

Semasa bersembang, dia siap doakan aku dan keluarga aku juga yang tak tahan tu. Kelihatan jujur dan ikhlas di wajahnya. Aku aminkan ajer..Mana tau makbul.

Ada juga ditunjukkan passport yang akan tamat beberapa bulan lagi dan beliau akan pulang Pakistan dan tak tahu lagi bila akan datang ke Malaysia katanya.

Tiket kapal terbang semua dah beli..Tinggal beberapa benda sahaja lagi yang belum settle antaranya nak cari wang tambahahan untuk beli selimut.

Sebelum beredar kami bersalaman dan berpelukan adeh part ni sebak. Peluk-peluk gaya lelaki tepuk-tepuk belakang tu. Bukan mengunyit ya. Jangan salah faham.

Aku pon sempat doakan dia supaya dipermudahkan urusan sehariannya dan selamat sampai ke Pakistan nanti.


Kami saling bertukar-tukar pemberian sebelum berpisah.

Dia cakap tak tau lagi bila kita boleh jumpa. Dia pon tak pasti bila akan ke Malaysia lagi..Dan mungkin tidak akan datang lagi.

Tiba-tiba tidak semena-mena aku kata. Takpe..Mana tau kita jumpa di Mekah suatu hari nanti.

Dia jawab. Ya innsyaalah dengan izin Allah kita pasti akan bertemu lagi di Mekah.


Rumusan yang aku boleh buat dengan pertemuan yang singkat ini adalah:


1) Aku lebih bersyukur dengan diri sendiri. Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan sesuatu yang lain yang belum kita dapat dan tidak semena-mena kita lupa untuk bersyukur. 


Jika hendak dibandingkan dengan kehidupan keluarga Irfan yang serba kekurangan dan terpaksa berjauhan bersama anak dan isteri dia betul-betul buat aku sebak dan terharu.


2) Rezeki yang kita ada sebenarnya bukan untuk kita. Tapi dalam rezki kita tu ada bahagian orang lain. Walaupun Irfan serba kekurangan beliau sempat memberi aku sesuatu juga untuk kenangan dalam pertemuan tersebut.


3) Sebenarnya pada hari tersebut fikiran aku berkecamuk sedikit. Tapi Allah hantar Irfan ni supaya Allah suruh aku bersyukur dengan yang apa yang aku ada. Aku tak dapat dengan apa yang aku hendak lepas tu aku stress sendiri..Jangan macam ini ya kawan-kawan.

4) Usah kita mengejar pengiktirafan dan pandangan manusia, sebaliknya marilah kita sama-sama kejar pengiktirafan dan redha Allah dalam kehidupan kita sehari-harian.

Selepas aku berjumpa Irfan ni hati aku mula tenang dan terharu. Terus aku terfikir Allah memberi aku peringatan melalui Irfan dan kisah-kisah hidup Irfan ini rupanya.


Babai Muhammad Irfan. Semoga dipermudahkan urusan awak dan ada rezki jumpa lagi.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget