Saturday, 26 January 2019

Rahsia Menjadi Pemimpin Dibongkar




Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Daripada memimpin sebesar-besar organisasi sehinggalah kepada memimpin organisasi yang kecil. Namun pada hakikatnya ramai tidak sedar setiap manusia adalah pemimpin kepada diri sendiri.


Gagal memimpin diri sendiri ke arah kebaikan maka rosaklah diri dan begitulah sebaliknya. 

Hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan memimpin dalam organisasi. Bagaimana saya pada mulanya seorang yang sangat pendiam dan kurang keyakinan diri boleh menjadi pemimpin dalam organisasi yang kecil.

Jika diimbas kembali zaman sewaktu saya sekolah rendah, saya memang teruk. Tiada keyakinan diri, malu pada diri sendiri, kadang-kadang hendak menguruskan diri sendiri pon tidak tahu. Bagaimana ingin menjadi pemimpin? Tidak mengapa, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Masuk sekolah menengah pula mungkin cikgu nampak kebolehan saya memimpin. Cikgu melantik saya sebagai pengawas di sekolah.

Masuk ke universiti saya mula melibatkan diri secara aktif dalam persatuan dan program-program pelajar.

Sebenarnya bakat memimpin kita diasah dan dibentuk tanpa sedar daripada pengalaman dan penyertaan kita hari demi hari dalam aktiviti-aktiviti yang kita sertai sama ada di sekolah, universiti atau di tempat kerja.

Setiap tugas dan amanah yang diberikan untuk membuat sesuatu adalah satu perkara asas yang penting untuk memperbaiki diri sendiri.

Apa yang pasti saya seperti anda juga, kita tidak perasan pun yang kita boleh memimpin. Saya masih ingat waktu kursus Biro Tata Negara yang dilaksanakan di Langkawi pada tahun 2011. 


Waktu itu tiba-tiba saya dilantik sebagai penghulu sepanjang waktu berkursus. Waktu itu saya ada duduk sebentar dengan pengarah tempat saya bertugas. Beliau berkata kepada saya.."awak tau tak, sebenarnya awak ni memang ada ciri-ciri seorang pemimpin, fasilitator tu melantik awak sebab awak ada karisma sebagai seorang pemimpin".

Waktu itu saya hanya senyum dan terdiam mendengar kata-kata pengarah saya. Tidak tahu hendak respon macam mana pada tuan pengarah saya tu.


Sebenarnya di tempat kerja, sejak dari mula masuk kerja, saya dilantik mengetuai beberapa jawatankuasa. Daripada sekecil-kecil jawatankuasa hinggalah kepada jawatankuasa yang penting dalam organisasi. Ini semua saya anggap sebagai cabaran dalam mematangkan diri.

Apa yang penting kita kena redha dan pasrah apabila dilantik. Sememangnya agak penat dan pada mulanya rasa macam ingin menolak semua jawatan-jawatan yang diberikan. 


Tapi bila fikir semula banyak menfaat antaranya saya dapat belajar banyak perkara, membina diri sendiri, dan paling penting ini sahajalah bentuk sumbangan percuma yang boleh saya berikan kepada orang lain. 

Fikiran saya sentiasa positif. Bukan apa, saya fikir kalau asyik negatif kesannya pada diri sendiri juga. Nanti diri kita sendiri yang sakit.

Saya tidak nafikan organisasi saya bertugas sekarang banyak membantu untuk menjadikan saya seperti diri saya yang sekarang. Banyak kursus yang saya hadiri dan banyak peluang diperolehi sepanjang bertugas ini. Tidak kira dalam kerjaya atau pembinaan diri sendiri. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Antara hendak atau tidak sahaja rebut peluang yang ada di depan mata itu. 

Pada Februari 2017 saya dilantik secara hakiki untuk memegang jawatan sebagai pemimpin di organisasi saya bertugas ini. Saya perlu mengetuai salah satu jabatan di tempat saya bertugas.

Sebenarnya ini adalah kali ke-3 saya menghadiri temuduga kenaikan pangkat sepanjang perkhidmatan saya. Alhamdulillah kali ke-3 ini pula baru dapat.

Asalnya pergi bukan untuk mendapat jawatan pun. Tapi sekadar ingin menimba pengalaman dan menambah kenalan sahaja. Pada saya di sini juga lah semua kemahiran kita yang ditimba selama ini diuji. Bila lagi kan? Jadi rugi jika saya tidak "test" kemahiran saya ini.

Saya anggap ini rezki, tetapi yang paling penting ia adalah satu amanah yang besar bagi saya untuk menjalankan tugas di organisasi ini. 

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah pertama, saya bukan ingin menunjuk-nunjuk diri ini hebat. Sebaliknya ingin menyatakan pengalaman dan pemikiran saya yang terbuku dalam kepala ini. Saya tidak hebat, masih berusaha ingin menjadi yang terbaik. 

Ya..mana ada manusia yang perfect. Kalau dah namanya manusia pasti akan buat salah.

Keduanya, kita sebagai manusia memang tidak perasan pun kita boleh memimpin. Kadang-kadang orang lain yang lebih perasan. Apa yang pasti buat kerja seperti biasa dan fokus kepada amanah yang diberikan.

Ketiga, ingat jika kita tidak memimpin organisasi pun, kita telah pun memimpin diri sendiri dan keluarga. Jadi sentiasa jadi yang terbaik dan berusahalah menambah ilmu pengetahuan kita dalam bab kepimpinan ini.



================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget