Monday, 25 February 2019

Aku dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar

Aku dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar
Sewaktu menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh
ADUN Johor Lama YB Hj Rosleli bin Jahari

Semalam telah berlangsungnya mesyuarat agong PIBG Sek. Keb Bandar Penawar sekolah dimana tempat bersekolah ke dua-dua anak aku.

Maka dengan ini telah masuk tahun ke-3 aku menjadi AJK PIBG sekolah anak aku ni. Kali pertama memegang jawatan sebagai AJK ini adalah pada tahun 2017. Aku akan terus memegang jawatan ini sehingga tahun ke 2020 nanti.


Ini semua gara-gara pada mesyuarat agong PIBG tahun 2018 yang lepas, telah ada usul dibuat oleh ahli mesyuarat untuk mengekalkan jawatankuasa yang ada selama 2 penggal lagi sehingga tahun 2020 dan telah dipersetujui dalam mesyuarat agong tersebut.

Maka hendak atau tidak, terpaksalah kita terima amanah yang telah diberikan oleh ahli mesyuarat tersebut.

Aku bukan apa, kadang-kadang terfikir aku ni duit taklah banyak sangat kalau hendak disumbangkan kepada sekolah. Jadi cara lain yang boleh aku buat adalah menyumbung dari segi tenaga dan idea dalam menggerakkan PIBG sekolah ini.

PIBG dan pihak sekolah sama-sama penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak kita ni. 

Dari sudut lain kenapa aku rasa seronok bersama-sama pihak sekolah ni adalah kerana jiwa aku ni yang selalu di jentik oleh sifat-sifat manusia zaman sekarang. Kalau kita lihat sejak akhir-akhir ini sangat mencabar untuk mendidik anak-anak ni. Masalah-masalah disiplin, sikap dan adab anak-anak kian menjadi perbualan masyarakat. Kerana apa, pada aku ia ada kaitan dengan cara didikan kita sama ada di rumah mahupun di sekolah.

Aku mengajar di peringkat kolej ini pon sama dapat rasakan yang zaman sekarang ini sangat mencabar untuk mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.

Satu perkara yang aku perasan bila aku masuk PIBG ini adalah anak-anak kita berasa bangga dan seronok melihat ayah dia sendiri selalu keluar masuk sekolah. Anak-anak merasakan ayah dia sangat support dalam pembelajaran anak-anak. Dan...mungkin anak-anak merasakan mereka sentiasa diperhatikan oleh ayah dia walaupun dalam kawasan sekolah.

Ditambah bila aku balik daripada aktiviti PIBG atau mesyuarat PIBG aku tunjuk gambar aku dengan guru besar dia, cikgu sekolah dan seumpamanya. Anak-anak bertanya.."ayah dan cikgu xxxx tu kawan ya?"..."ehh...ayah duduk sebelah guru besar ya?" "ayah berbual apa dengan guru besar tadi?"...macam-macam soalan yang keluar dari mulut anak aku.

Haa..masa inilah aku berikan mesej yang berguna kepada anak-anak aku supaya belajar, berusaha bersungguh-sungguh, hormati guru-guru, rajin menolong guru-guru kerana guru-guru di sekolah semua tu kawan-kawan ayah. Memang aku nampaklah hasilnya itu anak-anak lebih behave disekolah apabila aku rapat dengan guru besar dan guru-guru.

Pernah secara berseloroh aku bercakap dengan anak aku sambil tunjukkan gambar aku dengan guru besar. Aku kata "tadi ayah berbual dengan guru besar, ayah tanya anak-anak ayah macam mana di sekolah?. Kalau tak ok, ayah suruh guru besar rotan je". Anak-anak aku senyum-senyum takut tanda faham. hahaha..Dia faham yang dia kena selalu behave di sekolah tu.


Aku dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar
Gambar aku sewaktu jamuan ringan sebelum bermula mesyuarat agong.
Berbual dengan Guru Besar, ADUN Johor Lama dan YDP PIBG. Gambar ni lah yang aku kata, aku berseloroh dengan anak yang aku cakap tadi tu.

Berbalik kepada cerita PIBG aku tadi. Sebenarnya bukan sahaja jawatankuasa PIBG dilantik yang perlu gerakkan sesuatu program. Sebaliknya lebih molek jika kita, sama-sama seluruh ibu bapa menyumbang idea dan sebagainya kepada pihak sekolah. Bukan untuk siapa-siapa..akan tetapi untuk anak-anak kita juga sebenarnya. Nama pun persatuan ibu bapa dan guru-guru kan?? Jadi kena lah bersama-sama dan bersatu hati dalam membuat apa sahaja demi faedah anak-anak kita.

Ada idea, pandangan atau masalah boleh dibawa kepada PIBG kita ini untuk kita bincangkan. Ingat ya. Sekolah dan PIBG perlu bergerak seiring supaya kemenjadian anak-anak kita di sekolah dapat dihasilkan. 

Saya teringat salah seorang ahli PIBG. Jumpa masa ada meeting secara tidak formal di Desaru Utama baru-baru ini. Beliau seorang yang sibuk. Kata beliau, beliau memang tidak boleh memberi komitmen masa. Kalau hendak suruh datang meeting dan sebagainya beliau memang tidak boleh. Tetapi beliau boleh memberi sumbangan dalam bentuk lain.

Yang menariknya beliau membaiki sendiri bumbung dan menaik taraf surau sekolah untuk keselesaan anak-anak. Beliau menyumbang dalam bentuk lain iaitu tenaga.

Ada juga ibu bapa yang menyumbang dalam bentuk lain. Seperti menyumbang kipas untuk di pasang dalam kelas anak memandangkan kipas sedia ada telah uzur. Besar jasa ibu bapa ini. Moga Allah merahmati semua penyumbang-penyumbang PIBG. Pada masa yang sama kipas ini pula dipasang oleh AJK PIBG sendiri yang kebetulan ada kemahiran dalam kerja-kerja elektrik. Jadi pihak sekolah tidak mengeluarkan kos pon sebenarnya.

Pendek kata, sebenarnya apa pun sumbangan tetap akan dihargai oleh pihak sekolah dan PIBG, Sumbangan kewangan ke, tenaga ke, idea ke, semuanya akan dihargai oleh pihak sekolah dan PIBG. Bukan untuk orang lain, tapi untuk anak-anak kita juga.

Ibubapa dan guru perlu bersatu hati dalam mendidik dan melahirkan anak bangsa pewaris negara ini melalui PIBG. Insyaallahh..



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget