Sunday, 10 February 2019

Perkhidmatan Terbaik di Klinik Kesihatan Bandar Penawar

Perkhidmatan Terbaik di Klinik Kesihatan Bandar Penawar


Aku mula berpindah ke Bandar Penawar pada Februari 2017. Sebelum-sebelum ini aku memang jarang pergi ke klinik kesihatan kerajaan. Tambahan pula majikan aku ni ada menyediakan klinik panel di klinik berbayar.

So benda dah ada dan percuma, aku gunakan sahaja kemudahan yang disediakan oleh klinik panel majikan aku ni.


Bukanlah hendak memandang sebelah mata klinik kerajaan ya. Tidak sama sekali. Tidak jangan
salah faham.

Tapi segalanya berubah sejak aku berpindah ke sini. Klinik kerajaan menjadi pilihan aku sekeluarga.

Sejak aku berpindah ke sini boleh dikatakan setiap kali ada masalah kesihatan aku lebih suka pergi ke klinik kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Bandar Penawar. Kerana apa agaknya??

Ya sudah tentu perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar ini terbaik dan sangat puas hati melebihi perkhidmatan klinik berbayar swasta yang lain.


Biasanya kalau pergi klinik swasta berbayar, kadang-kadang doktor tu tak periksa pon keadaan pesakit..tau-tau dapat ubat. Berbeza dengan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar ini, pada aku ia sangat menyeluruh.

Waktu mula-mula pindah sini aku ada bawa emak aku untuk mendapatkan rawatan, mak aku demam. Lembik badan dan muntah-muntah tiada selera makan. Doktor bertugas terus periksa semuanya, termasuk ambil darah dan buat ujian makmal. Segera dapat tahu keputusan analisa darah. 

Masa tu Dr kata ada sedikit kuman dalam darah mak aku. Dr beri ubat antibiotik dan lain-lain ubat termasuk pada masa itu juga Dr masukkan 2 botol air dalam badan. Perghhhhh lain macam aku rasa waktu ni. Rasa macam dilayan seperti first class pula..Semuanya berjalan lancar.

Kemudian ada suatu masa tu aku pula kena masalah alahan pada makanan. Aku ni alergik bijan. Masa tu aku tak tau yang aku alergik. Habis gatal-gatal satu badan, pening kepala nak pitam dan hampir aku sesak nafas. 


Terus wife aku bawa terus ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar..Sebab aku rasa waktu tu klinik ini sahaja yang boleh bantu aku beri rawatan segera. Kalau pergi klinik swasta silap-silap dia bagi ubat je dan terus balik.

Ok berbalik ke cerita asal..Sampai sahaja ke klinik tersebut, klinik telah tutup. Waktu tu pukul 6 petang. Wife aku call no staff bertugas yang ada dipaparkan pada papan notis. Selang 10 minit kemudian sampai staff bertugas aku pasti dia bukan Dr tapi pembantu perubatan sahaja.

Walaupun hanya pembantu perubatan sahaja yang merawat aku, aku sangat puas hati, terus dia check semua benda termasuk masukkan air satu botol dalam badan aku..MA tu juga ada berikan aku dua injection..fuhhh...sekelip mata aku rasa lega..alhamdulillah..


Pengalaman lain sewaktu anak aku terjatuh ketika bermain dan anak aku terhantuk di bahagian kepala..Anak aku pening dan muntah-muntah.

Setibanya di Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Doktor bertugas terus memberi rawatan dan membuat pemeriksaan termasuk membuat x-tray di kepala. Alhamdulillah waktu tu tiada apa-apa yang berlaku..


Bagi kes yang lain pula, Pada 10 Februari 2019(hari ini) anak aku ni demam-demam dan muntah-muntah. Doktor bertugas membuat pemeriksaan dan mengambil ujian darah untuk diperiksa di makmal. Alhamdulillah result semua ok cuma sel darah putih ada tinggi sikit. Doktor kata mungkin ada kuman atau virus dalam perut anak aku tu..So Dr bagi rawatan antibiotik dan lain-lain ubat.


Perkhidmatan Terbaik di Klinik Kesihatan Bandar Penawar
muka sedih anak aku selepas amik darah.


Aku menulis semua pengalaman aku disini bukan apa, sekadar ingin berkongsi dan menyatakan pandangan aku yang sebenarnya semua klinik kesihatan kerajaan ini sangat bagus.

Sampai satu tahap sekarang ini, walaupun aku ada klinik panel swasta, apabila ada masalah kesihatan fikiran aku terus terdetik untuk pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar ini.


Setakat ini aku gunakan perkhidmatan disini sangat puas hati, kemudahan yang lengkap termasuk makmal dan x-tray yang kadang kala klinik swasta pun tak de, klinik yang luas, kakitangan yang baik dan membantu, waktu menunggu yang tidak lama.

Syabas Klinik Kesihatan Bandar Penawar. Teruskan berkhidmat untuk masyarakat setempat dengan penuh dedikasi dan pasti aku akan terus menerus menggunakan khidmat klinik ini. Moga Allah membalas jasa kalian semua kerana kalian ikhlas membantu merawat pesakit.




================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget