Pages

Tuesday, 12 March 2019

Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

Hai...hari ini, aku mendapat maklumat terbaru selepas mencari di internet untuk membuat related post atau artikel berkaitan dengan cara menggunakan perkhidmatan sneeit.com.

Sebelum ini ada cara lain yang aku telah kongsikan. Boleh baca di sini kalau hendak membuat bacaan lanjut. 

Cara yang ini aku rasa lebih mudah dan kemas. 


Langkah-langkah pemasangan widget ini adalah seperti dibawah:

1) Pertama sekali macam biasa kita kena buka blogger dashboard-theme-edit html


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com



2) Pada masa yang sama buka juga website sneeit.com. Panduan pemasangan ada diterangkan dalam website tersebut juga.

3) Tekan ctrl+f untuk cari kod seperti di bawah:
<b:include data='post' name='post'/>
4) Selepas jumpa kod tersebut, pastekan dibawahnya kod ini:


<!-- START::_140414_related_posts::START -->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
 <b:if cond='data:post.labels'>
  <b:loop values='data:post.labels' var='label'>
   <span class='_140414_related_label' expr:post_id='data:post.id' expr:url='data:label.url' style='display:none'><data:label.name/></span>
  </b:loop>
 </b:if>
 <div class='_140414_related_posts' expr:post_id='data:post.id'>
 </div>
</b:if>
<!-- END::_140414_related_posts::END -->
5) Selepas itu save template. Sekarang part untuk pasang kod html pada blog kita telah selesai. Sekarang fokus part untuk isi detail dalam website sneeit.com pula.

6) Anda boleh isi dan ubah apa-apa mengikut citarasa seperti dalam gambar di bawah ini(form ini ada di website sneeit.com). 


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com


7) Selepas itu, klik add widget pada seperti dalam gambar di bawah


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

8) Selepas itu anda akan dibawa ke link blogspot anda seperti gambar di bawah.


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com
Jadi di sini anda boleh ubah apa-apa nama yang anda suka pada ruangan title tu. Saya ubah ke nama lain iaitu Baca Artikel Menarik Lain. Terpulang kepada anda nak tulis apa.

Lepas tu klik add widget. 

9) Selepas add widget anda akan dibawa ke dashboard blogger anda pada ruangan layout. Anda akan dapati widget telah dipasang secara automatik seperti gambar di bawah. Lihat dalam bulatan merah. 


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

So biarkan sahaja widget tu di situ. Tidak mengapa. Lepas tu klik save template, dan lihatlah hasilnya. Tengok gambar di bawah yang saya kata ia lebih cantik, tersusun dan menarik untuk dilihat.


Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com


Apabila cursor dihalakan ke gambar, gambar akan membesar (auto zoom). Serius cantik dan nampak elegan. 

Cuma ada satu sahaja kelemahan yang aku perasan iaitu, jika kita melayari blog kita menggunakan smart phone, widget ini tidak akan terpapar walaupun kita dah setting "view web version" pada browser internet smartphone kita tu. Apa pun itu tidak menjadi masalah besar kepadaku.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh sneeit.com seperti yang terpapar dalam website ini adalah seperti di bawah:

1) Design yang responsif

2) Pilihan yang fleksibel dan boleh juga sembunyikan apa-apa ciri yang ada seperti thumnail, komen, tarikh, nama penulis label dan posting artikel. Kita juga boleh memilih dengan mudah artikel kegemaran yang ingin dipaparkan dengan memilih mengikut tarikh posting, panjang artikel untuk tujuan SEO.

3) Gaya yang pelbagai. Boleh buat 3/4/5 kolum.

4) Menyokong kesan CSS3 yang kool, tulisan yang ohsem untuk tujuan meta tags.

5) Sesuai dengan design semasa dan CSS

6) Kestabilan.- Related post yang disediakan oleh website ini berbeza dengan lain-lain widget yang ada. Widget ini disediakan oleh Blogger sendiri(via natural json). Jadi, kita boleh terus menggunakannya dengan sempurna sama ada servis website sneeit.com ini masih working atau downed. Dengan kata lain widget ini bekerja dengan 100% on time. (ZERO down time) dan pasti ia akan membantu pelawat blog kita sentiasa melihat artikel yang berkaitan sahaja.


Ok kawan-kawan blogger sekalian, selamat mencuba. 



No comments:

Post a Comment