Pages

Tuesday 9 April 2019

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
Baru-baru ini aku dan team aku telah bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju jawatankuasa 21st Century Learning di tempat aku bertugas ini. Sebab apa? Sebabnya aku dikehendaki mendokumentasikan segala penggunaan tools 21st learning yang para pensyarah tempat aku ni guna. Jadi jika pihak-pihak tertentu meminta
bukti penggunaan sekurang-kurangnya adalah sesuatu atau rekod yang boleh ditunjukkan.

Bincang punya bincang, kami bersetuju untuk menggunakan google classroom. Rupanya aplikasi ini telah wujud lama iaitu pada 6 May 2014 hari pelancarannya. Sekarang dah 2019..perghhhh..lamanya aku tertingggal.

Sekali aku guna pada aku ia sangat mudah untuk digunakan dan ianya mesra pelanggan. Sekarang jom kita terus bincang apa yang menariknya google classroom ini. Ini adalah pandangan aku setelah beberapa minggu aku gunakan aplikasi google classroom ini.

1) Percuma dan boleh sign in dengan akaun gmail

Aplikasi ini sangat bagus sebab ianya percuma. Kita boleh mendaftar masuk dengan menggunakan akaun gmail sahaja. Selepas daftar masuk, kita boleh pilih sama ada untuk mencipta kelas atau ingin masuk ke kelas orang lain. Jadi jika kita sebagai pendidik, kita kena cipta kelas kita secara online sahaja di sini.

Cara masuk ke google classroom seperti gambar dibawah:


Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
Jika kita masuk ke akaun gmail, klik bulatan pertama. Seterusnya klik "more" bulatan ke 2






Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
selepas step ke-2 baru nampak logo google classroom. Klik sahaja untuk masuk ke dashboard google classroom.


Ya, pada aku ia sangat mudah. Anda boleh godek-godek sana sini pasti jumpa punya. Sharing kali ini saya lebih fokus hendak cerita kelebihan aplikasi ini sahaja. So, jom sambung bicara soal kelebihannya..jommm

2) Memudahkan kerja pendidik dan mencipta kelas di alam maya sahaja

Pendidik macam aku ni hanya mencipta ruang kelas secara maya, pelajar akan menghantar tugasan secara online, kita sebagai pendidik pula boleh melaksanakan penilaian tugasan pelajar yang dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan bersistem. Mudah untuk kita tracking siapa yang telah hantar atau belum. Markah juga kita berikan secara online dan pelajar boleh semak markah yang telah diberikan.

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
gambar menunjukkan ruangan tugasan yang aku telah beri di google classroom aku

Seperti mana dalam gambar diatas. Aku boleh melihat secara maya siapa pelajar aku yang telah hantar tugasan dan siapa yang belum hantar. Di sini juga kelihatan ruangan aku boleh memberi markah kepada pelajar aku. Tapi dalam gambar di atas aku belum beri markah lagi sebab belum due date. Nantilah aku marking online bila semua telah hantar.

Kita sebagai pendidik juga boleh mencipta soalan direct dari google classroom ini sama ada soalan esei, atau soalan berbentuk pilihan jawapan A,B,C,D tu. 

Ini ada kekangan sikit untuk sesetengah kursus yang mungkin tidak boleh buat soalan yang lebih komplek. Macam kawan aku dia ajar kursus Akaun, Finance dan Matematik yang perlu masukkan kira-kira, graf, jadual dan sebagainya.hahaha..ini tak dapat aku nak tolong. 

Aku cadang kat dia. Soalan tu upload pdf atau word, lepas tu pelajar jawab atas kertas jawapan dan pelajar amik gambar dari handphone dan hantar. So boleh juga kita rekod dan beri markah online. Ntah la..Tak tau la cara itu sesuai atau tidak. hehehe..
Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
gambar menunjukkan aku sedang edit dan memberi komen pada tugasan pelajar seperti dalam bulatan merah

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
gambar menunjukkan pelajar aku telah hantar tugasan dengan lampirkan sekali fail format word. oooo baru perasan tahun pelajar aku ni tulis salah..nak kena ni..hahaha



Ok dalam gambar diatas tu pula menunjukkan pelajar aku telah hantar tugasan, so aku boleh komen disitu, aku boleh beri markah, word yang dihantar oleh pelajar tu aku boleh edit nanti akan keluar word versi edit oleh pemeriksa. Serius best beb. Selepas kita bagi markah kita tekan butang "return" nanti pelajar kita akan dapat markah tersebut dan melihat komen dari pendidik.

Oleh yang demikian, rekod tugasan disimpan oleh sistem mengikuti tarikh dan kelas maya yang dicipta oleh kita sebagai pendidik. Kita boleh mengatur tugasan dan pelajar hanya boleh melihat, melakukan suntingan bahkan berkolaboratif juga melalui Google Classroom di bawah kawalan dan pemantauan pendidik yang sentiasa boleh memantau perkembangan belajar para pelajar. Bukan sahaja dalam kelas fizikal, dalam kelas maya ini juga kita sentiasa saling berhubungan dengan pelajar. Kan best tu. Betul tak?


3) Menyediakan ruangan berforum dan membuat apa-apa posting di google classroom

Pendidik boleh buka apa-apa topik dan pelajar boleh berdiskusi dalam tu. Selepas itu pelajar boleh komen dan saling berbincang dalam tu. Aku selalu juga buat pengumuman dalam tu, share slide, share nota dan apa sahaja boleh dibuat dalam tu. 

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
gambar menunjukkan ruangan stream dalam google classroom aku.

Stream dalam google classroom seperti dalam gambar di atas ni adalah ibarat, hmmmmm, kalau FB dia kira macam wall kita lah. Kita boleh tulis apa sahaja kat situ dan boleh lampirkan sekali dengan video, gambar, fail atau link apa-apa yang kita nak share kepada para pelajar. Serius menarik. Di sinilah aku selalu sembang ilmiah dengan para pelajar aku. Siapa tak komen atau bagi pandangan kita boleh pantau dan "seru" nama mereka. Kalau tak keluar juga mereka, kita "seru" dengan asap kemenyan sekali..pasti pelajar tu muncul..hahaha..ok..ok..ini gurau..Jangan ikut pula.

Kelihatan kat dalam gambar tu juga ada reminder bila due untuk next tugasan yang telah aku beri. So mudah untuk aku tahu bila next due date tugasan yang perlu aku follow up..

Yang aku merahkan atas sekali tu adalah class code. Ha class code ini penting sebab kita perlu kongsi kepada pelajar-pelajar kelas kita sahaja. Pelajar akan masuk kelas kita dengan kod unik yang kita telah berikan.


4) Menggantikan penggunaan kertas dan papan tulis 

Ia sangat menjimatkan..Kerana kita  akan kurang menggunakan kertas dan marker pen. Walaupun kita dalam kelas fizikal sekarang, semua nota atau latihan kita boleh suruh pelajar kita jawab online. 

Malah proses tersebut menjadikan proses belajar dan mengajar menjadi murah dan cepat serta interaktif.

5) Boleh guna smartphone sahaja


Selain daripada kita masuk ke google classroom ini menggunakan komputer/laptop melalui laman sesawang, ia juga boleh digunakan hanya di smartphone. Boleh download aplikasi ini di handphone melalui Playstore bagi system Android dan Appstore bagi system IOS. 

Aku biasa dalam kelas guna smartphone dan begitu juga pelajar. Serius best beb sebagai tools tambahan aku apabila mengajar. 

Ya pelajar kita seronok sebenarnya bila mereka dapat gunakan smartphone depa tu dalam kelas.

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
gambar menujukkan interface google classroom aku di smartphone




6) Boleh "sync" kan dengan akaun google kita yang lain

Lagi menarik kita boleh juga sinkronasikan akaun google classroom kita ni dengan Google Docs, Drive dan Gmail.

Pada aku ia sangat bagus dan mudah pada aku untuk melakukan semua kerja normal seorang pendidik seperti memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi markah, memberi maklum balas acara langsung tanpa menggunakan sebarang kertas. Dan sudah pastinya ia menjimatkan kos. Ini yang pihak pengurusan suka.

Kesimpulan

Aku merasakan hidup aku lebih bermakna dan up to date sedikit selepas menggunakan google classroom ini. Aku lihat pelajar aku suka sebab mudahkan kerja dia. Aku pun suka sebab ia memudahkan kerja aku dari pelbagai sudut.

Saranan aku, jika tuan puan seorang guru, pensyarah atau pendidik atau sesiapa sahaja yang belum gunakan google classroom ini. Marilah sama-sama cuba.

Tak kenal maka tak cinta. Lepas kenal anda pasti terpikat.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Babai..Assalammualaikum..

4 comments:

  1. Saya tak paham apa yg saya baca(gurau je)

    Tapi saya suka baca semuanya.

    Nice content, thank you

    ReplyDelete
  2. Byk lgi ilmu google yg belum sy belajar

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing info... sya bapak yg baru nk tau psal g.clasroom.
    .
    .
    regds,

    #bakewithmama.com

    ReplyDelete
  4. Apakah aplikasi ini bisa digunakan untuk belajar writing?

    ReplyDelete