![]() |
Pangsapuri ini terletak di Jalan Persiaran Perling, Gelang Patah. Tempahan dibuat di Agoda Homes.
Kelihatan seluruh kawasan aparment ini masih baru. Tapi aku tak pastilah berapa lama ia telah dibina.
![]() |
lobi utama |
Selepas membuat self check-in aku pun dapat masuk ke dalam rumah.
Alhamdulillah.
Masuk je unit ini terus mata terpaku dengan dekorasi yang dibuat. Aku boleh katakan rata-rata semua barang dalam rumah ini banyak dibeli daripada IKEA. Tengok pon dah tahu.
Rumah yang kami pilih ini adalah jenis apartment 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Boleh menampung kami 5 beranak. Rumah ini mesra kanak-kanak kerana ada juga mainan disediakan untuk anak-anak bermain. Jangan rosak sudah. Pandai host rumah ni mengambil hati para tetamunya.
Kemudahan dalam rumah ini sangat lengkap. Macam biaca dan macam rasa di rumah sendiri. Nama pun guna agoda home. Sebab tu aku suka guna agoda homes. Dengan bayaran yang berpatutuan kita dapat banyak kemudahan lebih daripada kelebihan di hotel juga.
Bila kita datang ke apartment macam ini sudah tentu kita tidak lari daripada untuk menggunakan fasiliti yang ada disini. Yang aku nampak ada kolam
renang, gym, playground dan sauna. Tapi masa aku datang ni sauna macam sedang proses maintenance je.
Tapi kolam renang dia masih tak boleh lawan kolam renang di D'esplanade Residence KSL City, Johor Bahru yang aku pergi sebelum ini lah. Kat sana kolam dia sangat luas.
Apa pun kolam renang di sini pada aku masih tidak mengecewakan. Boleh lah. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Kolam kanak-kanak tu kecil sikit. Tapi sebaik masa aku turun mandi kolam ni tak ramai orang. So, rasa kolam ini seperti keluarga kami yang punya.
![]() |
muka aku yang serius. Ya..Dalam latihan kita kena serius. hahaha.. |
Sebelah malamnya kami keluar cari makan di kawasan sini juga. Tidak jauh dari pangsapuri midas ini. Kawasan pangsapuri ini banyak dan sangat mudah untuk mencari kedai makan.
So kalau anda datang ke sini, tidak perlu risau dengan tempat makan. Boleh waze atau cari je sekitar kawasan ini mesti jumpa punya.
Ok..saja je nak cerita sebelum kami check-in sini, sebenarnya kami telah pergi jalan-jalan juga kawasan sekitar iaitu taman sireh, lepas tu pergi Puteri Harbour, masuk bangunan Sultan Ismail tempat wakil rakyat bersidang dan masjid di sebelah bangunan sultan ismail tu.
Bangunan Sultan Ismail tu pada aku best sangat banyak informasi yang boleh kita perolehi untuk menambah ilmu kerana di tingkat 1 ada disediakan ruangan galeri pameran berkaitan sejarah pemerintahan kerajaan johor. Sangat berinformasi. Sesuai untuk mereka yang cintakan ilmu dan informasi.
![]() |
anak-anak ajak makan kat luar. ha ni lah cara kami makan kat luar. hahaha.. masak kat rumah, tapau cari tempat makan yang best untuk berkelah |
![]() |
membaca sejarah itu penting. |
![]() |
baju dan pakaian ni pun sebenarnya ada sejarahnya.. |
![]() |
galeri pameran ini terletak di tingkat 1 Bangunan Sultan Ismail |
![]() |
Puteri Harbor |
![]() |
Masjid Negeri Kota Iskandar bersebelahan dengan Bangunan Sultan Ismail |
Sekian sahaja untuk entry kali ini..Jumpa lagi..babai..
Sekadar berkongsi..
No comments:
Post a Comment