Tuesday, 11 December 2018

Cara Terbaik Dan Bekesan Atasi Masalah iPhone 6s Tidak Boleh Backup File Di iTunes

Cara Terbaik Dan Bekesan Atasi Masalah iPhone 6s Tidak Boleh Backup File Di iTunes

Hampir sebulan saya mengalami masalah iphone 6s saya yang tidak boleh backup fail di komputer peribadi saya. Sebelum-sebelum ok sahaja tiada masalah.

Saya juga cuba backup menggunakan iTunes tapi simpan fail tersebut di dalam komputer, tapi ianya masih 
juga tidak berjaya.

Pendek kata, saya nak back up menggunakan

iTunes di komputer saya tidak kira lah sama ada simpan fail tersebut di i Cloud atau komputer saya ini ianya tidak akan berjaya.

Akan keluar mesej error seperti di bawah:


Iphone 6s Tidak Boleh Backup File Melalui iTunes di Komputer
mesej error yang keluar 


Tak tau lah apa masalahnya..Nak kata disconnected, semua gambar dan video boleh pula komputer saya detect. Boleh lihat melalui komputer saya. Tu dekat iTunes tu pon..Still detect. Ada nama saya, ada keluar phone name, serial number, capacity semua keluar. Lihat gambar dibawah:


Saya buntu..
gambar menunjukkan iTunes masih dapat kesan iphone 6s saya


Yang bertambah pelik ianya berlaku di komputer saya sahaja. Laptop saya ok pula. Boleh backup seperti biasa.

Saya buntu..dan bertambah pening.

Saya Google, tanya dalam group FB masih belum dapat jalan penyelesaian. Sehinggalah hari ini, saya meminta bantuan rakan saya untuk menyelesaikannya.

Ha..sekarang saya nak tunjuk solusinya.

Jika anda ada masalah yang sama dengan saya. Cuba cara ini.

Run aplikasi iTunes anda di komputer. Biasanya macam saya kalau saya cucuk sahaja kabel komputer saya akan auto run. Kalau tidak auto pon tidak mengapa sebab boleh run secara manual dengan menekan aplikasi iTunes. Lepas masuk iTunes klik-edit-preferences-device. Akan keluar seperti gambar dibawah:



Iphone 6s Tidak Boleh Backup File Melalui iTunes di Komputer
Clearkan semua fail backup dengan delete backup


Apa yang anda perlu buat adalah tick semua fail-fail backup lama anda tu kemudian tekan "Delete Backup". Tadi sebelum saya delete rupanya ada banyak fail back up lama yang kemungkinan ada error bak kata kawan saya. So kita delete sahaja. Jangan risau.
Selepas delete anda akan dapati ruangan 'Device backups" tersebut akan kosong tanpa ada sebarang fail pon.

Saya juga tekan "reset Sync History" untuk clearkan apa-apa history sebelum-sebelum ini.

Lepas tu. cuba buat backup sekali lagi. Alhamdulillah hasilnya berjaya..Syukur sangat-sangat.

Iphone 6s Tidak Boleh Backup File Melalui iTunes di Komputer
Yezza..berjaya backup

Tanggal 11/12/2018 pukul 8.44 pagi iphone 6s saya berjaya di backup di komputer. 

Sekian, itu sahaja perkongsian dari saya. Harap bermanfaat kepada semua.




================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget