Cuti-cuti sekolah macam ini memang akan memeningkan ibu dan bapa. Tak tahu hendak pergi ke mana. Anak-anak sejak mula cuti sekolah lagi dah merengek ajak pergi keluar jalan-jalan.
Alhamdulillah ada cuti tahunan yang banyak aku apply la cuti untuk bawa mereka mengenal alam semula jadi. Tema misi jalan-jalan kita kali ini adalah
"back to nature"
Bukan apa, aku nak ajar anak hidup susah sikit kali ni. Biasanya kalau cuti je mesti duduk hotel, ada kolam renang. Kali ni aku bercadang nak bagi mereka susah sikit. Hahaha.. Biar jati diri mereka kental sikit.
Ok sebelum bertolak aku bagi sedikit taklimat kepada anak-anak. Isi kandungan lebih kepada rule and regulation. Bukan apa, aku memang dah biasa buat macam ini supaya mereka tahu dalam hidup ini sentiasa ada peraturan dan undang-undang.
Taklimat kepada anak-anak sebelum bertolak |
Hari pertama aku bermula dari Bandar Penawar ke Sedili Kechil. Aku bercadang untuk bermalam di Wetlands Kampung Belukar Durian. Hari pertama aku sampai awal di Sedili Kechil lebih kurang pukul 11 pagi, makanya aku singgah dahulu di Pantai Jason Bay..
Hari masih awal, jadinya aku pasang khemah bersama anak-anak. Bagi mereka pengalaman memasang khemah dan ada pengalaman kerja berpasukan sikit.
Acara memasang khemah |
Waktu ini juga kami ambil peluang untung makan tengah hari di tepi pantai sambil menikmati pemandangan lautan. Angin laut juga sepoi-sepoi bahasa. Orang rumah aku sampai tertidur dalam khemah sambil aku pula menemani anak-anak bermain kat luar tu.
Lauk dan nasi semua wife aku dah siapkan masa kat rumah tadi. Jom kita ngap dulu.
Makan tengah hari kami anak beranak di tepi laut |
Aktiviti di sini yang aku nampak boleh la berkelah bersama keluarga, makan-makan, main bola kat tepi pantai. Jiran sebelah aku yang hammock biru tu siap ada masak-masak nasi dan barbecue lagi. Ok je. Boleh mengeratkan silaturrahim anak beranak. Kalau nak mandi pantai macam tak sesuai sebab musim tengkujuh. Ombak lautan agak tinggi. Tapi aku perasan ada je yang mandi di gigi air lautan tu.
OK...Bersambung di Pengembaraan Back To Nature-(Part 2: Pantai Jason Bay-Wetlands Kampung Belukar Durian)
Sekian.
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment