Tuesday, 25 December 2018

Pembatalan Langganan Astro




Tanggal 25/12/2018 aku telah membuat panggilan ke pusat khidmat pelanggan Astro di talian 03-9543 3838 untuk membatalkan langganan Astro aku.

Jangan tanya kenapa aku nak batalkan astro aku ni..ada lah sebab-sebab tertentu. Antara satunya sebab tak tahan dengan anak aku yang duk leka dan lalai mengadap TV. hihihi



OK balik ke topik asal. Lepas menembusi talian Astro, macam biasa mesin yang jawab. Benda pertama kena buat adalah pilih bahasa dan masukkan no akaun astro. Lepas tu aku tak ingat aku tekan apa. Tak silap aku tekan 3 untuk subscription pakej, produk dan perkhidmatan.

Mula-mula aku tekan 4 untuk bantuan teknikal dan pemasangan. Sampai ke sudah mesin yang cakap. Macam mana aku nak sambungkan ke pegawai khidmat pelanggan aku pon tak tau..huhuhu..


Cubaan ke dua, aku tekan 3 baru berjaya sambung kepada manusia iaitu pegawai khidmat pelanggan Astro. Lepas panggilan dapat di sambungkan ke pegawai khidmat pelanggan Astro seorang wanita menyambut mesra panggilan aku. Dia tanya aku nak subscribe apa-apa pakej ke??

Aku balas tak..Aku sebenarnya nak batalkan langganan Astro aku. Dia tanya kenapa aku nak batalkan??Aku jawab selamber aku dah tak kerja, macam mana nak bayar bill Astro.(harap dia percaya).hahaha..


Lepas tu dia offer aku untuk amik semua pakej Astro buka semua saluran Astro selama 6 bulan dengan amaun yang sama aku bayar bulan-bulan. 

Memandangkan sekarang aku langgan pakej paling basic so itu je lah tawarannya kepada aku.

Aku menolak..Aku kata "aku tak de kerja"..macam mana aku nak bayar bil nanti. Jiwa kena kental. Sebenarnya ini adalah kali ke 2 aku nak batalkan Astro. 


Kali pertama tahun bila aku tak ingat. Tapi masa tu langganan aku tak silap dalam RM 83++ la aku bayar bulan-bulan. Aku termakan pujukan pihak Astro untuk amik pakej yang basic sahaja. Aku langgan hingga sekarang.

Tapi kali ini aku memang nekad untuk batalkan langganan Astro ni. hahahaha..

Beliau minta semua detail aku sebagai pengesahan untuk membatalkan langganan no akaun, no ic, no tel, email, alamat. Selepas di periksa dalam sistem, bil bulanan telah di keluarkan pada semalam 24/12/2018. So pembatalan hanya akan berkuatkuasa pada 23/1/2019..


Aku guna auto debit. So sebab tu aku masih ada tempoh untuk melihat Astro sebulan lagi. Yer la bila auto debit ni, bill keluar, duit terus potong kad kredit aku, maksudnya aku dah bayar hingga 23/1/2019. Kalau batal on the spot aku la yang rugi sebenarnya.

hahahah..

Pegawai suruh tunggu sebentar di talian untuk beliau proses..


Akhirnya pegawai tersebut kata just tunggu hingga 24/1/2019. Pada tarikh tersebut siaran astro aku akan padam secara automatik. Permohonan penamatan langganan Astro aku telah di terima..

Yahooooo..Horeyyyy.

Astro dalam kenangan tahun 2010- tahun 2019. Wow hampir 9 tahun juga aku bertahan dengan Astro. Harapan aku..supaya aku dan keluarga lebih berjaya dan bahagia tanpa Astro...Aminnn







================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget